Pages

Wednesday, December 1, 2010

Bila Si Dia bertanya....Dara pon jawapla :P


First time kot wat benda-benda camni.Join soalan yang ditanya Saudara Ben.

Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?
Pada pendapat Dara la kan,dalam sebuah belog benda wajib yang mesti ada adelah header,tajuk entry atau entry.Ketiga-tiga benda ni menggambarkan peribadi pemilik blog dan memperlihatkan keunikan blog tu.Tapi tak lupa gak,tempat komen pon kompenen penting gak untuk kite nak tahu respons dari pengunjung....

    Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
    Facebook,Twitter and Shoutbox kot.
      Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
      Blog yang serabut sangat.Terlalu banyak aksesori(betol ke term dia ni) kt blog diorang.Yang terbang2 la & ntah pe ntah lagi...Pastu ada bunyi-bunyian plak tu.Aksesori tu menyebabkan nak baca entry pon x syok la.Entry lagi penting kot!Kalu tengah dengar lagu kat mp3 ke laptop ke,tapi tetiba bukak blog orang yang ada lagu.Tak ke SERABUTT!!
        Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
        Mestilah tajuk entry yang menarik.Pastu,barula tergerak hati nak baca entry tu.Takpon tengok berapa ramai orang yang komen.Yang banyak pic lagi menarik.
          Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
          Setakat kritikan tu hak individu untuk bersuara je,setiap orang ada pandangan dan cara sendiri...Kena open minded la,baru boleh maju ye tak?Kalau takde kritikan kite tak tahu pengunjung blog kite suka atau tak sesuatu entry tu.
            Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..
            Entry yang panas,hangat,isu-isu yang menarik minat...Dan suka blog perempuan yang cantik pasal Dara suka sangat tengok perempuan cantik.Tapi semua perempuan cantik taw!Hehehe..

            Tuesday, November 30, 2010

            Lagenda Budak Setan : Farid kamil &......[Versi (P)]

            Korang mesti dah tengok cite ni kan?Tapi kat sini Dara bukan nak cerita pasal Budak Setan versi laki ni.Tapi nak cite pasal budak setan versi perempuan.hahah..Enjoy ya...


            Inilah budak yang Dara nak cerita.Orang gelar dia Atiq walaupon nama panjang Atiqah.Barulah nampak maskulin sket.Tak seayu Ayu(lakonan Lisa Surihani dalm Legenda Budak Setan),lemah lembut segala....Dia xsuka jadi feminin2 ni...ape kelas kalu nak jadi budak jahat bertaraf 5 bintang kan.Walau dia xsuka jadi feminin,dia tak anti-perempuan.Cuma anti perempuan gedik je.

            Kat kolej dia,mang jahat dia masyaAllah!Hanya tuhan yang tahu.Suka ganggu orang lain.Pukul orang la, belasah la kenakan orang la...macam2 benda jahat la dia buat.Benda yang paling dia suka wat pakai kostum ala-ala nenek kebayan ntah hantu ape...pastu takutkan anak Dara lain yang lalu lalang kat tempat yg dia target...siap mengilai macam pontianak lagi .Geng2 dia pon join sekali kenakan orang.Bukan setakat Dara dikacau,Teruna lain pon pernah kena dengan dia.
            Ada seram?kahaha...
            Kaki pukul no.1
            Semua orang takut dengan dia.Tengok renungan dia pon,dah rasa seram sejuk.Takut kena belasah ke apa ke.Budak jahat no. 1 tu kat kolej.Kira semua orang respek r....Wahahaha..


            .Tetiba nak dipendekkan cerita adalah seorang budak laki baru masuk kolej tu.Nak taw cne rupa budak tu?Jeng jeng jeng...

            Mari kita gelar jejaka ini Mr FK sahaja.Kali pertama Atiq nampak dia,bergetar hati.Cinta pandang pertama kot.Oh,xsangka gadis jahat ni boleh suka kat sorang lelaki.Dia nafi-nafi pon,last2 xley deny perasaan dia.
            Nak tahu apa yang Atiq buat lepas tu.Terus try jadi ayu gitu...feminin......siap mekap2...pkai bju warna kontra ...semata nak menarik perhatian si FK ni....Siap tukar nama gelaran jadi Ika lagi biar nampak ayu.
            Tapi rupanya ada seorang gadis lain yang suka FK.Orang gelar dia Princess pasal dia suka pakai baju ala-ala puteri Fairy Tales.Perasan puteri la tu walaupon memang dia ade la jugak darah raja ...hahah

            Atiq dan Princess ni masing-masing cuba mengambil hati Mr FK.Macam-macam la...tapi FK buat dek je...jual mahal kot.Buat-buat biasa.Anggap kitorang ni kawan je.Atiq dan Princess plak bergaduh je kerja diorang semata-mata nak mengorat FK ni.Biar berputih mata,jangan berputih tulang.(betul ke ni?)Pagi,petang ,siang dan malam tak gadoh memangla.

            Nak pendekkan cite, Mr FK ni nak pergi belayar bersama-sama dengan geng-geng dia.Sempat jugak dia mengucapkan selamat tinggal kat diorang berdua dengan tersipu-sipu malu.Diorang pon berbunga gila r. =D

            Dikhabarkan FK ni hilang tym belayar.Gelabahla diorang.Sanggup tempah tiket sama-sama untuk naik kapal persiaran.Semata-mata nak cari FK.Nak naik bot,feri atau sewaktunya xde kelas pulak Walaupon kemungkinan untuk mencari FK rendah.Dah angau sangat nak wat cane kan.Bila masa diorang jadi ngam?Hahaha...Pasal FK punya pasal.Semua benda jadi no hal lah.Yang musuh pon bley jadi kawan.

            Selepas seminggu diatas,kapal persiaran tu.Dengan teknologi seperti FB dan Twitter,diorang mendapat tahu si FK telah selamat dan seorang gadis telah menjumpainya.Gadis tu dengan Farid Kamil pulak telah jatuh cinta.Siap masuk paper lagi!

            Dua-dua frust la.Tapi nasib bek dua-dua tak dapat,so kira adil la kan.Hehehe..r.Dah alang-alang kat kapal persiaran,carilah satu-dua balak ke ape ke.Kompem2 ramai yang kaya.Bolehla jadi pisau cukur kejap....cukur duit diorang.Hahahha...

            Ni kisah budak setan ke pisau cukur ni?Tibe-tibe kompius.Mungkin kisah budak setan yang jadi pisau cukur.

            Ending?Tak payah ending ok?Baru tergantung ada sambungan.

            Motif cerita:Pikir-pikir la sendiri.

            Sunday, November 28, 2010

            Natural Beauty Contest:Layakkah Dara?Tapi Maw Join juga!

            Syarat-syarat penyertaan.


            1- Mesti ada blog, takde blog pergi sign up blogger, NOW!

            2- Mesti LIKE fan page Natural Beauty Contest .

            3- Takyah follow pun takpe, tapi nak follow lantak kau ah kan.

            4- Gambar yang disertakan TIDAK DIBENARKAN EDIT menggunakan picnik, photoshop, photoscape dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk edit kerana ini contest NATURAL BEAUTY. Make-up tebal juga dilarang keras ye.

            5- Gambar boleh bersama dengan Bestfriend anda, Boyfriend anda atau Pet anda. Mesti paling cute dan comel -__- Kalau sorang-sorang pun boleh juga :)

            6- Tag kepada 5 orang terdekat yang awak yakin akan join :)

            Bagaimana contest ini berjalan (Baca dengan teliti)


            *Mula mula awak buat entry pasal Natural Beauty Contest di blog anda. Tepek muka kau tu.

            *Letak link entry anda tersebut di fan page Natural Beauty Contest, jangan letak kat entry nie. Tak layan.

            *Untuk mempastikan kami dah tahu awak buat entry tu, kami akan LIKE wall post anda tu lepastu kami akan upload gambar anda di satu album di fan page itu.

            *Suruh kawan kawan anda LIKE gambar anda tu. 5 Gambar paling ramai orang LIKE kami akan pilih salah sorang sebagai pemenang hadiah utama.
             Layakkah Dara?Tapi semua orang mesti layakkan xkira laki or perempuan.Semua orang natural beauty,rite?Except yg buat pembedahan plastik.Hua-hua....


            Pkir punya pkir...last2 letak pic ni.Pasal walaupon pkai kamera henset yg x semengah,dah la muka tym mkan.Tak sempat nak posing comel2. =(  Ini kira muka terkejut r.Nasib bek muka tak buruk mana....Thank orang yg snap pic candid ni =D


            Contest pon dah nama natural beauty...so tak de penambahan ape2 kat muka.Dara pon memang jarang pakai bedak2 ni...apatah lagi mekap kan.





            http://www.facebook.com/photo.php?fbid=170596569629207&set=a.170596492962548.33671.162953130393551&pid=446551&id=162953130393551
            like kn weyh
            jgn lupe like fan pge dulu
            hehe


            Nak tag sape erk.I hope u all masuk:
            1. Pia
            2. Kak Maz
            3. Miss D
            4. Niss Nisa
            5.Ifa

            Saturday, November 27, 2010

            Oh,jangan tuduh saya perokok!

            Dara tak merokok.Pandai-pandai je orang tuduh merokok.Bau rokok pon kadang-kadang membuatkan rasa nak muntah,pening kepala,sesak segala.Dara kalu bau,mesti tahan nafas.Tak nak jadi second smoker.Grrrr...Kalu bau tak boley,kompem2 isap pon tak pernah.


            Hitam ke?




            Orang tuduh Dara merokok pasal bibir hitam kot.Tapi tak semestinya orang yang merokok bibir hitam terutamanya perempuan.Nak tahu kenapa bibir boleh jadi hitam?


            1.Keturunan


            2.Cuaca : Kelembapan mempengaruhi faktor keadaan bibir.Kelembapan yang rendah menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas.Then,warna bibir jadi suram dan kusam.


            3.Keseimbangan hormon estrogen: Kalau estrogen cukup, bibir tampak halus dan sehat. Namun, estrogen yang lewat  atau terlalu sedikit akan menyebabkan warna bibir cenderung hitam. Pengaruh estrogen juga dilihat  pada kulit di bagian tubuh lainnya. Wajah wanita hamil misalnya, sering lebih bercahaya. Ini akibat hormon yang merangsang pemekaran pembuluh darah.Estrogen juga diketahui membantu proses perbaikan dan penggantian kulit (regenerasi), termasuk pada kulit bibir.


            4.Rokok:Bibir akan berubah menjadi warna ungu kehitaman. Perubahan warna ini disebabkan oleh pengaruh suhu.Kepanasan rokok menyebabkan sel-sel darah merah `mati dibakar' dan mengalami kematian sel darah.Sel darah merah yang mati akan menghasilkan pigmen yang yang melapisi bibir.Jadi,bibir akan kelihatan hitam.Karbon Oksida yang terhasil daripada rokok itu akan menjadi pewarna yang menambah kepekatan warna bibir.


            5.Kurang Vitamin A,B,C dan E.


            6.Lipstik dan sewaktu dengannnya:Alergi pada bahan kimia yang ada dalam lipstik.


            7.Kurang minum air,buah-buahan atau sayur-sayuran.


            8.Mungkin makan makanan ringan yang terlalu masin atau kuaci.

             -Olahan daripada:Dr. Nita Yoenika-


            Bibir adalah organ penting bagi kaum hawa sebab bentuk bibir sangat menentukan nilai-nilai artistik fizik seorang wanita. Kira menyumbang faktor kecantikan dan daya penarik untuk lelaki.Senyuman akan berseri-seri.

            Tips nak jaga bibir anda?

            1.Jangan merokok.Of course la!Katakan tak nak pada merokok.Dah la membahayakan paru-paru kalian!

            2.Pemakanan:Makan vitamin yang secukupnya(A,B,C dan E).Banyakkan minum air,lapan gelas sehari!Elakkan makanan yang masin-masin nanti akan meng dehydrate bibir anda.

            3.Pakai pelembab bibir.

            4.Jaga kebersihan mulut anda.Jangan membasahkan bibir dengan air liur.Bakteria dari air liur akan menyebabkan infection kecil.



            Tapi yang sebenar-sebenarnya DaRa memang tak suka minum air dan suka makan kuaci!
            Mungkin bibir tebal,dan kapilari darah kat bawah bibir!Pandai2 je Dara.So,bibir tak merah la.Lol!Kalu Dara masam.Lagi teruk muka!
            Teruk gila muka!

            Muncung-muncung ni sangat sensitif ok! part tu pon dah kira sensitif.Uhuhu...ada satu tym tu ada seorang saudara ni panggil Dara Liyana Jasmay tiap kali aku beli kat tempat dia!Apa persamaan itu?Haha(perasan jap).

            Apa yang same xtahu lah


            Monday, November 22, 2010

            Tuesday, October 26, 2010

            18SX-hanya untuk tuntunan golongan 18 thun keatas sahaja.Bukan lawak-lawak!

            Uh...dah lama x update status kan...Almaklumlah,bizi.Minggu dekat2 study week.Yang ada dalam otak cuma STRESS!STRESS! nak siapkan assigmnent dan test segala.Sebenarnya ketandusan idea nak  update status pasal apa.

            Erk...cite 18SX?Malu nak cite tapi memang kisah benar.Dara nak tujukan kepada perempuan-perempuan kat sana supaya berhati-hati...huhu.Ini bukan susulan kisah pakcik buta tu erk..Kisah ni takla lama sangat,tak sampai setahun pon.

            Haritu,aku,abang dan adek bongsu ku pergila la JOM HEBOH Bukit Jalil.Saja jalan-jalan kan,....Ktorang punyalah berjalan.Singgah dari satu booth ke satu booth yang lain.mlas nak cte pgi ke booth ape dan ape.Kalu nak tahu pegilah Jom Heboh tu (malas gla nak cerita-tapi x pnting pon).

            Then,singgahlah satu booth ni.Booth SERAM kot.Adek bongsu aku lak jenis tak hirau abang ngan kakak dia.Main jalan je dan tinggalkan ktorang.Kalu dia kena tinggal,padan muka dia.Oleh sebab perangai dia tu,dia pon pergila selinap-selinap masuk supaya dapat berdiri kat depan sekali.Dekat dengan stage kan.Kalu kat belakang mana nampak,dia mana tinggi sangat.Sebagai kakak aku kenalah perhatikan adek aku.Tapi aku tak berjaya menyelit diantara puluhan manusia dalam booth tu.Abang aku lak kat belakang sekali,malas nak bertumbuk-tumbuk menyelit2.Haha.

            By the way,time aku berdiri perhatikan adek aku .Aku macam rasa tak selesa.Mungkin panas,ramai orang dan kurang oksigen kot.Tapi takde kaetan dengan semua tu.Start dari sini aku taktaw nak cerita apa......ada cerita,tapi taktaw nak cerita dalam bentuk camana.

            Okeyh.Sambung story...Aku tolehla kat belakang.Aku toleh kat belakang bukan tgok muka orang kat belakang aku.Aku toleh-toleh belakang terus pandang bawah.Argh...nak tahu apa yang aku nampak?Macam mana aku nak cerita dengan proper erk?Aku nampak @#$#@%$&^ dala btul-btul dekat belakang aku.Aku pon taktahu camana boleh terus pndang part tuh.LElaki tu da terkantoi terus sembunyikan @#$^(*&^$ bawah t-shirt dia.NAk masuk dalam seluar confirm-confirm da tak sempat dan obvious la gitu.Tapi muka,maybe muka stim kot(pandai-pandai je aku pasal tak tahu nak detect).Dahla aku pakai kardigan labuh(labuh atau singkat tak kenal mangsa la camtu).Memang aku tergamam kat situ.Ntah berapa lama aku berdiri .Terkejut kot,tak terkata.Nasib baik aku tak menjerit.Tapi memang before tu kat booth tu ade pertandingan sape yang boleh mengilai macam hantu.Kalu aku menjerit,mesti semua orang terkejutla.Kalah hantu dalam cerita2 seram,kalau tak percaya tanya kawan-kawan aku yang pernah tengok aku mengilai.Hahahahahhah....Tapi ,kalu aku menjerit memang faymous r aku.Boleh masuk berita  kot."Mangsa Jom Heboh".Nasib baik aku tak kejar glemer.

            Berbalik pada cerita aku,aku terusla blah dari situ.Ajak abang aku dan adek aku pergi tempat lain.Tapi dari jauh ,aku nampak laki tu cari mangsa yang lain.Kesian kat akak tu.Aku cuma tgok dari jauh je.Aku taknak tengok lelaki tu lagi dah.Aku rasa nak tarik2 je akak tu dari situ.Fobia gila.Dah la nampak #^%$&%^* free2 je.Tapi ada aku hingin?Memang aku teringat-teringat ntah berapa lama kot.Geli!Sejak dari kejadian itu,bila aku ditempat yang sesak dengan orang awam seperti bas.Memang aku akan pastikan belakang aku bukan lelaki.Kepada gadis2 sekalian AWAS ERK!

            Wednesday, October 13, 2010

            Si Buta yang Mengambil Kesempatan di Kerinchi


            Hari Isnin yang lepas ,Dara ,Lala & Sophie pergilah ke pasar malam kerinchi nak beli makanan pasal makanan kat DM(dewan makan) pada hari senin memang ktorang tak suka.Kat sana,aku terjumpa la seorang pakcik yang buta tengah minta sedekah.Hey,memang Dara tak boleh la tengok muka pakcik buta seorang tu.Rasa sakit ati sangat.Nak tahu kenapa?


            Pada 2 tahun yang lepas....
            Dara & Ina nak pergi Shah Alam nak jumpa kawan. Ktorang pon tunggu bas U85 Rapid KL kot kat stesen u yang menghala kat Federal Highway tu.Adalah seorang pakcik buta ni turun bas kat situ.Alahai,kesiannya la.Dahla guna tongkat meraba-raba mencari arah.Ktorang pon cadang nak tolong pakcik tu tunjuk jalan.OK ktorang pon tolongla.Tapi xsgka lak....Pakcik tu cam melengah2kan ktorang je.Ktorang tnya nak gi mana.Dia cerita benda lain lak.Siap cakap nak pergi ke pasar kerinchi.Ada orang buat majlis amal ape entah.OK,bnda2 tu acceptable lagi.Yang tak boleh terima,ktorang cuma pegang tongkat dia nak tunjuk jaln,dia pulak macam nak try gak pegang lengan ktorang.Dah try lepaskan,pegang bahu lak sambil nak dipimpin.Nasib bek ada dua orang.Aku kena sikit.Ina kena sikit.Kalu seorang?Tak taw la.Pakcik!Ktorang rimas taw.Pastu dia lengah-lengahkan entah bercerita pasal apa plak sambil tangannya memegang lengan atau bahu kitorang.Pastu bertukar-tukar tempat yang dia pegang.Tym ni ktorang tak pikir apa2 sangat.Pasal dia buta kot.Ktorang rasa kesian sangat.Tapi rasa rimas.Ktorang bagi alasan nanti bas terlepas.Fuh,yang penting terlepas dari pakcik buta tu.


            Actually dah selalu nampak pakcik tu kat pasar tu meminta sedekah.Tapi baru tergerak nak tulis kat blog.Terkejut r rupa-rupanya dia pergi Kerinchi nak minta sedekah.Lain kali cakapla jujur.Nasib bek pakcik tak nampak.Kalu nampak mesti terkejut jumpa kat pasar malam,kan2?


            Pada beberapa bulan lepas,
            Dara & Anisah pulang dari Mid Valley naek bas,sebelum smpai UM mestilah turun kat Stesen U kan.Dara nampakla seorang budak perempuan ni berteman.Tapi dengan pakcik buta tu.Terkejut pulak I!Pakcik tu buat kat budak tu  lagi dahsyat pasal dia sorang kot.Pegang lengan ,pegang bahu,pegang mana2 kot.Macam nak peluk pon ada.Muka budak tu cam tak selesa pulak.Aku tengok tym tu dapat merasakan pacik tu bukan saja menipu tapi gatal.Orang dah tolong,dia ambil kesempatan lak.Aku yang nampak.Aku boleh la bezakan orang buta yang gatal & tak gatal.Aku pernah tgok la orang tolong orang buta,tapi orang buta tu xlah smpai pegang sana sini.Pastu,pakcik & budak tu pon naek bas masuk UM sekali ngan ktorang.Diorang pon berhenti kat bus stop tmpat ktorang turun.Masalahnya,malam2 budak perempuan tu nak bawak pakcik tu pergi mana ?Plik bin ajaib.



            Pasal pakcik ni membuatkan Dara berfikir2 nak tolong orang.Orang buat baek,dia ambil kesempatan lak. Perempuan2 yang selalu pergi Stesen U hati-hati erk.Usah tertipu!Gambar pakcik tu tak dapat disiarkan :P



            Tuesday, October 12, 2010

            Trip to Zoo Melaka : EDISI :I love Nature!





                                                          



            Zoo Melaka!!Akirnya kami datang!!Yahoo!!Dah lama rasanya tak pergi zoo...paling last pon tym darjah 6 kot.Kat Zoo Melaka gak lah.Hehehe...Pasal trip PHarMacy VEterinary(PHARMVET)...ni pon pasal amek kursus elektif dalam jabatan lah Dara boleh pergi semula.Dah tua-tua bangka pon x kenal haiwan-haiwan kat muka bumi ni.Memang syok la pergi ngan kawan-kawan walaupon dah tua bangka.Hehe...Nak tengok apa yang kami buat?Jom....layan!


            So,statik la diorang berdiri cayalah.Ingatkan replika,rupanya haiwan sebenar kot...Inilah Milky Stew

            Si abang rambut tebal ni telah menjadi kegilaan Pharmers gurls.Siap sampai kena belai lagi rambut dan telah menyebabkan Pharmers boy naek jeles.Boleh lak tuduh dia ni dekat ngan perempuan je.Lelaki? xmawla!hehehe.Adatlah.Kena ada tarikan .

            I like diz pic.Bukan orgnye erk.

            Inilah Noni.Pelakon Anna and the King gitu.Bergambar dengan artis ni.




            Mari lihat gelagat mereka!
            Huhu...macam2 ragam ada .Kalau boleh try la interpret sendiri apa yang mereka tengah pikir...

            Geng lepak2

            Macam tahu-tahu je orang nak amek pic.


            Sarkas

            Pikir cane nak seberang sungai ni erk?

            Termenung jauh?

            Macam gaya2 pakcik tunggu kat pintu rumah

            Bye2.

            Friday, October 8, 2010

            Majulah sukan untuk UM Pharmacy Society!

            Untuk hikayat ini...Dara dikira lambat update.Dah lama berlalu kot..tapi tak la lama sangat.Dalam beberapa minggu je.


            PHARMSPORT....apa kah itu?PHARMACY SPORT carnival  untuk Pharmers  kat UM ni.Tujuannya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara senior n junior gtu...ahak.Hopefully tercapai r....tapi selain itu gak nak intai2 bakat untuk junior2 ktorang manataw berbakat besar dan bolehla jadi wakil untuk ke NPSC(National Pharmacy Sport Carnival) yang akan diadakan dekat2 raya cina nanti kat USM.Teruja nak pergi.(macam dapat pergi)...


            PHARMSPORT  ni diadakan dua hari: hari sabtu - games modern
                                                                      : hari ahad  - games tradisional

            HARI SABTU
            Si gadis Korea ( semgat pkai jersey Korea).Eyh,silap !Si Atiq Athletic! Dua-dua tak kena.Dara capek sangat!Dehydrate sambil minum air!
            Wuhuu...masuk futsal.Tapi tak menang pon.Pasal jadi defend.Agaknya kena jadi striker kot. =D

            HARI AHAD
            Lawan dengan lelaki batu seremban?Eyh,xlwan pon.Tapi ni Shah yang mengajar aku.Bukan aku yang ajar dia!hehe.Anak Dara xreti main(bukan xreti ,dah lama tinggal)


            Ni main galah panjang.Bukan saja wat kaki camtu.hahah


            Ni team 3rd year yang main tarik tali.Cekeding giler kan.Kompem kalah.Hahahha.Memang bukan team ni la menang.Tak sampai 5 saat dah jatuh tersungkur kat bumi dah.Kesian kat laki kitorang.Eyh,budak laki batch kitorg erk... walaupon tak sampai berapa ketul orang pon.
            Anyway 3rd Year punya team jadi Juara keseluruhan untuk sport tahun ni!Oh,yea! Tgokla ade Dara!Huhu....

            Sunday, October 3, 2010

            i'm student of the week(SOTW)....Gadis sweet smile.....?

            Huh,tak disangka Mr. Zack Zaul memilih ku sebagai student of this week(SOTW).Aku ni biasa-biasa x feymes pon kat ASTAR ni.Tapi thanx sangatlah kerana memilih ku,k!


            Sape nak tgok apa yang dia interview tu.Meh klik link blog tu
            http://searchwithin007.blogspot.com/2010/10/who-sotwcycle-4.html

            Saturday, October 2, 2010

            Sebuah kehilangan....mampukah ia diganti?



            Dara merinduinya ,sejak kehilangannya seminggu yang lepas.Hanya 2 bulan sahaja kita dapat bersama.Mungkin tiada jodoh antara kita dan Dara tiada rezeki untuk memilikimu.Redha kehilanganmu.....tapi kehilanganmu yang amat MISTERI membuatkan Dara begitu terkilan dan tak percaya apa yang terjadi.


            Ini bukan blackberry atau i-phone dan juga bukan termasuk dalam kategori smartphone.Musykil sungguhla....

            Kronologi kehilangan:
            22 SEPTEMBER
            8.00:dah turun pergi dewan makan tapi patah balik ke bilik pasal HANDPHONE tertinggal.Actually,tym nak amek tu rasa tak sedap hati tapi tak tahu kenapa.Mungkin ada petanda.


            10.15-10.45: discussion ngan groupmate FKK dah abes.Tym ni handphone mungkin kat kerusi,kat tangan,atau kat meja. Tak ingat sangat.Pastu groupmate BIOSTAT lak panggil untuk discussion,tym to move la kat tempt diorang.Then,kemas-kemas barang dalam beg sambil berjalan kat tempat diorang.(dalam keadaan yang gelabah nak cepat).Tym ni handphone tak pasti kat mana mungkin kat tangan,atau tertinggal kat kerusi atau letak kat meja tym nak kemas barang.Pastu discuss-discuss la ngan mereka.Tetiba teringat kat handphone,dah cari-cari kat poket seluar,dah keluarkan segala barang kat beg tapi tak jumpa.Tengok sekeliling tempat tu pon memang tak jumpa dah.Dalam waktu ni xde kelas,ramai yang keluar masuk.ERm..Dan ramai yang lalu lalang kat tempat aku duduk.Tapi aku x keluar-keluar kelas taw.


            10.45-11.15:Try miskol ngan handphone kawan,ada dalam talian cuma tak diangkat.Kalau x silap aku,aku x silent pon.Mungkin aku dah silent kot.Tapi rasanya tak!!Tapi tym tu keadaan kelas memang bingit.Mungkin tak dengar.Pelik.Tapi tym tu aku yakin sangat Handphone tu termasuk dalam beg orang lain ke.Orang terambil ke.Pasal kat tempat aku duduk tadi banyak sangat timbunan barang.Memang rilek tak cuak sangat r.Aku tanya orang lain pon diorang cakap ,orang simpan tuh.Takde sape kot dalam kelas kite nak mencuri.Dan aku bersetuju dengannya.Aku try kol lagi tapi memang la xde orang angkat and siap kasi mesej lagi kat nombor aku tuh.Last aku try kol tym Miss Lo masuk kelas untuk mengajar.

            After 12.15:Aku try kol balik.Phone dah off!Padahal semalam baru aku charge.Full lagi kot.Setakat kol2 tapi xdiangkat,takkan dah mati kot.Pelik lagi.Zakiyyah try antar mesej kat no. aku tapi mesej undelivered.Tapi lewat malam tu,dia cakap baru delivered.Pelik lagi.


            KEPELIKAN:
            Aku amat2 berserah dan redha kalu aku kehilangan handphone bukan dalam kelas.Ini dalam kelas.Semua classmate.Xde lecturer xde staff.Aku x berani tuduh sesape.Tapi ikut instinct macam boleh la tawu sape.Tgok eye-contact lagi kan.Tgok body language lagi.Tapi pasal xde bukti,senyap2 saje la.Orang tu lak pandai2 sangat ambil dalam kelas asal?KOmpem la orang boleh agak sape kan.Mesti classmate sendiri.Aku mula-mula memang x percaya tapi terpaksa percaya pasal dah memang xde sape yang pulangkan.Walau sampai sekarang ramai orang x percaya klasmate sendiri yang buat.Kalu orang tu x baik ngan kite,xla rasa bersalah sangat kan dah ambil barang orang.Takkan handphone tu boleh terbang kot keluar dari kelas.Dan peliknya asal la dia bukak handphone tu ngan sim aku sekali.Kenapa x buang terus sim tu.Kalu nak tengok sape punya boleh je tgok dari gambar kat memory kad.Mungkin dia nak tgok sape yang mencari aku kot.Please ar.Dah curi buang je la simcard.Kenapa plak dia dah curi,bukak tym tengah malam tu.Rumet2 dah tdo, senang keje kan.


            Aku dah doa segala macam.Mungkin bukan rezeki aku.Allah lebih tahu yang terbaik untuk hamba-Nya dan nak tunjuk benda macam ni boleh berlaku dan boleh dijadikan pengajaran kat orang lain.


            Lpas mak aku tawu benda ni,dia pesan janganla percaya kat klasmate sendiri even roommates!Ade gak kwan aku comment kat fb,kalu bapak sendiri pon boley 'makan' anak,adek-bradek pon boley bunuh-membunuh....ini kan pula orang yang xde pertalian darah ngan kita.!!


            Hilang barang boleh diganti ,kepercayaan memang xleh dijual beli!Apatah lagi nak diganti!

            Monday, August 30, 2010

            MERDEKAKANLAH cinta DARA!

            Aku punya CINTA,
            CINTA bukannya sahaja ,
            CINTAku besar tak dapat terlawan,
            CINTAku terkurung dalam diri,
            Ada sahaja tembok besar menjadi penghalang.


            CINTA pada Yang Abadi,
            Yang Hakiki,
            Tapi kita hanya sementara,
            Mampukah kita memberi sepenuh CINTA kepada-Nya?


            CINTA pada Ibubapa dan Saudara,
            Mereka mengasihi kita seadanya,
            Bagaimana pula kita membalas kasih mereka?
            Aku taknak menjadi anak derhaka,
            Saudara yang lupa pada saudara.




            CINTA pada Bangsa dan Negara,
            Mampukah aku jadi orang yang berguna ,
            Menyemai bakti dan menuai jasa,
            Mungkin dengan berkhidmat untuk kerajaan sebagai PEGAWAI FARMASI?


            CINTA  pada Islam dan para penganutnya,
            Hiba melihat saudara seislam ku ditindas dan dihina,
            Aku tak mampu berbuat apa-apa,
            Semoga suatu hari nanti bukan setakat doa mampu kuhulurkan.


            Aku juga wanita yang lemah,
            Mencari teman sehidup semati,
            Membimbing aku untuk mengharungi kehidupan ini.,
            Bersama-sama mencari  keredhaan ilahi,
            Bersatu hati,zahir dan batin....
            Siapakah yang mampu memerdekakan cintaku ini?


            TERUNA,ARJUNA atau SANG SETIA?


            Semoga cinta anda semua dapat sepenuhnya dimerdekakan dari diri anda.Berikanlah cinta kepada yang sepatotnya.

            SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53. =D

            Thursday, August 26, 2010

            Cantik Itu Kamu Contest 4 You!

            Nak describe CANTIK itu subjektif.Semua orang yang diciptakan Allah ini cantik.Betul tak?Kalu tak,mungkin korang semua tak bersyukur apa yang Allah anugerahkan pada kita.Tapi hanya kita sendiri yang boleh ENHANCE KECANTIKAN tu.So,setiap orang juga kena pandai jaga KECANTIKAN itu jugakkan.HeHe....



            Cantik itu Kamu.Dara cantik.Kawan-kawan Dara pon Cantik.Orang lain pon cantik.HeHe....Contest yang Dara nak masuk ni ada syarat nak masuk taw:

            Jom sertai Contest 4 you ini:
            1. Follow dan add blog MawarPink dekat  blogroll korang. (sebab pemenang akan diumumkan disini)
            2. Follow dan add blog Cantik Itu Kamu jugak
            3. Letak banner Cantik Itu Kamu kat sidebar korang.
            4. Buat post dengan tajuk Cantik Itu Kamu Contest 4 you.
            5. Letakkan banner di atas dalam post contest korang and link it directly to my blog and letakkan juga di side bar ye..
            6. Letakkan SATU sahaja gambar yang korang rasa cantik permandangan, cantik baju korang pakai, cantik tudung korang ke, or korang sendiri memang cantik dlm picture tu. terpulang pada creativity masing-masing. Tak perlu explain pun tak pe. tak kisah la sorang-sorang or ramai2.. semua boleh join.. laki pun boleh.. hadiah nnt boleh bg kat aweks or wife kan.. ^_^
            7. Leave  your entry  link kat comment in this entry supaya senang saya nak check


            Korang rasa Dara nak letak gambar apa?pasal semua pic,Dara rasa semua cantik.Terima kasih la kepada orang yang amekkan pic.Apa-apa pic la erk.HeHe...







            Dara suka pic ni pasal semua gurl yang posing pakai baju kaler merah & setting tempat pon nice gak ! Hehe


            Wish me Luck!!


            Drug Engineering: Seronok ke?

            Mesti korang ingat kalau amek kos Pharmacy,bidang dia kat hospital je.Salahlah kalau anda semua anggap cenggitu.Mari kita explore dengan Dara pasal pengalaman Dara buat tablet.Kat UM sahaja berpeluang buat benda-benda ni(Universiti lain kat Malaysia xde taw).Yeah,PILOT PLANT!


            *lab coat besar gabak*

            Sebelum pemprosesan dimulakan,pastikan pakaian punya kod kena ikut.Cap,gloves,kasut Doraemon kena pakai.Kalau untuk pengeluaran kilang pakaian dia lagi complicated.Tujuannya untuk memastikan produk kita nanti tiada bendasing,ok!
            Team members
            Nak tunggu bahan untuk dikeluarkan
            Masukkan bahan-bahan masakan ke dalam mesin acuan ye kawan-kawan
            Selepas proses granulasi dan pengeringan



            Nak cerita panjang-panjang,bukan korang semua paham .Dengan nama mesin lagi.Dara tunjuk gambar je.Kalu berminat nak tanya,tanya je.Tengoklah hasil tablet yang kitorang dapat----> warna biru(semua setuju untuk pilih warna ni).Sebenarnya,kitorang tak tahu pun bahan aktif tablet ni.Tapi biasanya kalau warna biru tu viagra.Siapa-siapa yang berminat untuk mendapatkannya,sila hubungi Dara.Banyak kot Dara simpan.

            Hantu Cermin? 
            Cuba tengok betul-betul.Diorang ni bukan setakat hantu cermin tapi hantu CAMHOWRING!haha.Terutamanya budak dua orang ni.

            Tiqah dan Shima



            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...