Pages

Tuesday, October 26, 2010

18SX-hanya untuk tuntunan golongan 18 thun keatas sahaja.Bukan lawak-lawak!

Uh...dah lama x update status kan...Almaklumlah,bizi.Minggu dekat2 study week.Yang ada dalam otak cuma STRESS!STRESS! nak siapkan assigmnent dan test segala.Sebenarnya ketandusan idea nak  update status pasal apa.

Erk...cite 18SX?Malu nak cite tapi memang kisah benar.Dara nak tujukan kepada perempuan-perempuan kat sana supaya berhati-hati...huhu.Ini bukan susulan kisah pakcik buta tu erk..Kisah ni takla lama sangat,tak sampai setahun pon.

Haritu,aku,abang dan adek bongsu ku pergila la JOM HEBOH Bukit Jalil.Saja jalan-jalan kan,....Ktorang punyalah berjalan.Singgah dari satu booth ke satu booth yang lain.mlas nak cte pgi ke booth ape dan ape.Kalu nak tahu pegilah Jom Heboh tu (malas gla nak cerita-tapi x pnting pon).

Then,singgahlah satu booth ni.Booth SERAM kot.Adek bongsu aku lak jenis tak hirau abang ngan kakak dia.Main jalan je dan tinggalkan ktorang.Kalu dia kena tinggal,padan muka dia.Oleh sebab perangai dia tu,dia pon pergila selinap-selinap masuk supaya dapat berdiri kat depan sekali.Dekat dengan stage kan.Kalu kat belakang mana nampak,dia mana tinggi sangat.Sebagai kakak aku kenalah perhatikan adek aku.Tapi aku tak berjaya menyelit diantara puluhan manusia dalam booth tu.Abang aku lak kat belakang sekali,malas nak bertumbuk-tumbuk menyelit2.Haha.

By the way,time aku berdiri perhatikan adek aku .Aku macam rasa tak selesa.Mungkin panas,ramai orang dan kurang oksigen kot.Tapi takde kaetan dengan semua tu.Start dari sini aku taktaw nak cerita apa......ada cerita,tapi taktaw nak cerita dalam bentuk camana.

Okeyh.Sambung story...Aku tolehla kat belakang.Aku toleh kat belakang bukan tgok muka orang kat belakang aku.Aku toleh-toleh belakang terus pandang bawah.Argh...nak tahu apa yang aku nampak?Macam mana aku nak cerita dengan proper erk?Aku nampak @#$#@%$&^ dala btul-btul dekat belakang aku.Aku pon taktahu camana boleh terus pndang part tuh.LElaki tu da terkantoi terus sembunyikan @#$^(*&^$ bawah t-shirt dia.NAk masuk dalam seluar confirm-confirm da tak sempat dan obvious la gitu.Tapi muka,maybe muka stim kot(pandai-pandai je aku pasal tak tahu nak detect).Dahla aku pakai kardigan labuh(labuh atau singkat tak kenal mangsa la camtu).Memang aku tergamam kat situ.Ntah berapa lama aku berdiri .Terkejut kot,tak terkata.Nasib baik aku tak menjerit.Tapi memang before tu kat booth tu ade pertandingan sape yang boleh mengilai macam hantu.Kalu aku menjerit,mesti semua orang terkejutla.Kalah hantu dalam cerita2 seram,kalau tak percaya tanya kawan-kawan aku yang pernah tengok aku mengilai.Hahahahahhah....Tapi ,kalu aku menjerit memang faymous r aku.Boleh masuk berita  kot."Mangsa Jom Heboh".Nasib baik aku tak kejar glemer.

Berbalik pada cerita aku,aku terusla blah dari situ.Ajak abang aku dan adek aku pergi tempat lain.Tapi dari jauh ,aku nampak laki tu cari mangsa yang lain.Kesian kat akak tu.Aku cuma tgok dari jauh je.Aku taknak tengok lelaki tu lagi dah.Aku rasa nak tarik2 je akak tu dari situ.Fobia gila.Dah la nampak #^%$&%^* free2 je.Tapi ada aku hingin?Memang aku teringat-teringat ntah berapa lama kot.Geli!Sejak dari kejadian itu,bila aku ditempat yang sesak dengan orang awam seperti bas.Memang aku akan pastikan belakang aku bukan lelaki.Kepada gadis2 sekalian AWAS ERK!

Wednesday, October 13, 2010

Si Buta yang Mengambil Kesempatan di Kerinchi


Hari Isnin yang lepas ,Dara ,Lala & Sophie pergilah ke pasar malam kerinchi nak beli makanan pasal makanan kat DM(dewan makan) pada hari senin memang ktorang tak suka.Kat sana,aku terjumpa la seorang pakcik yang buta tengah minta sedekah.Hey,memang Dara tak boleh la tengok muka pakcik buta seorang tu.Rasa sakit ati sangat.Nak tahu kenapa?


Pada 2 tahun yang lepas....
Dara & Ina nak pergi Shah Alam nak jumpa kawan. Ktorang pon tunggu bas U85 Rapid KL kot kat stesen u yang menghala kat Federal Highway tu.Adalah seorang pakcik buta ni turun bas kat situ.Alahai,kesiannya la.Dahla guna tongkat meraba-raba mencari arah.Ktorang pon cadang nak tolong pakcik tu tunjuk jalan.OK ktorang pon tolongla.Tapi xsgka lak....Pakcik tu cam melengah2kan ktorang je.Ktorang tnya nak gi mana.Dia cerita benda lain lak.Siap cakap nak pergi ke pasar kerinchi.Ada orang buat majlis amal ape entah.OK,bnda2 tu acceptable lagi.Yang tak boleh terima,ktorang cuma pegang tongkat dia nak tunjuk jaln,dia pulak macam nak try gak pegang lengan ktorang.Dah try lepaskan,pegang bahu lak sambil nak dipimpin.Nasib bek ada dua orang.Aku kena sikit.Ina kena sikit.Kalu seorang?Tak taw la.Pakcik!Ktorang rimas taw.Pastu dia lengah-lengahkan entah bercerita pasal apa plak sambil tangannya memegang lengan atau bahu kitorang.Pastu bertukar-tukar tempat yang dia pegang.Tym ni ktorang tak pikir apa2 sangat.Pasal dia buta kot.Ktorang rasa kesian sangat.Tapi rasa rimas.Ktorang bagi alasan nanti bas terlepas.Fuh,yang penting terlepas dari pakcik buta tu.


Actually dah selalu nampak pakcik tu kat pasar tu meminta sedekah.Tapi baru tergerak nak tulis kat blog.Terkejut r rupa-rupanya dia pergi Kerinchi nak minta sedekah.Lain kali cakapla jujur.Nasib bek pakcik tak nampak.Kalu nampak mesti terkejut jumpa kat pasar malam,kan2?


Pada beberapa bulan lepas,
Dara & Anisah pulang dari Mid Valley naek bas,sebelum smpai UM mestilah turun kat Stesen U kan.Dara nampakla seorang budak perempuan ni berteman.Tapi dengan pakcik buta tu.Terkejut pulak I!Pakcik tu buat kat budak tu  lagi dahsyat pasal dia sorang kot.Pegang lengan ,pegang bahu,pegang mana2 kot.Macam nak peluk pon ada.Muka budak tu cam tak selesa pulak.Aku tengok tym tu dapat merasakan pacik tu bukan saja menipu tapi gatal.Orang dah tolong,dia ambil kesempatan lak.Aku yang nampak.Aku boleh la bezakan orang buta yang gatal & tak gatal.Aku pernah tgok la orang tolong orang buta,tapi orang buta tu xlah smpai pegang sana sini.Pastu,pakcik & budak tu pon naek bas masuk UM sekali ngan ktorang.Diorang pon berhenti kat bus stop tmpat ktorang turun.Masalahnya,malam2 budak perempuan tu nak bawak pakcik tu pergi mana ?Plik bin ajaib.



Pasal pakcik ni membuatkan Dara berfikir2 nak tolong orang.Orang buat baek,dia ambil kesempatan lak. Perempuan2 yang selalu pergi Stesen U hati-hati erk.Usah tertipu!Gambar pakcik tu tak dapat disiarkan :P



Tuesday, October 12, 2010

Trip to Zoo Melaka : EDISI :I love Nature!





                                              



Zoo Melaka!!Akirnya kami datang!!Yahoo!!Dah lama rasanya tak pergi zoo...paling last pon tym darjah 6 kot.Kat Zoo Melaka gak lah.Hehehe...Pasal trip PHarMacy VEterinary(PHARMVET)...ni pon pasal amek kursus elektif dalam jabatan lah Dara boleh pergi semula.Dah tua-tua bangka pon x kenal haiwan-haiwan kat muka bumi ni.Memang syok la pergi ngan kawan-kawan walaupon dah tua bangka.Hehe...Nak tengok apa yang kami buat?Jom....layan!


So,statik la diorang berdiri cayalah.Ingatkan replika,rupanya haiwan sebenar kot...Inilah Milky Stew

Si abang rambut tebal ni telah menjadi kegilaan Pharmers gurls.Siap sampai kena belai lagi rambut dan telah menyebabkan Pharmers boy naek jeles.Boleh lak tuduh dia ni dekat ngan perempuan je.Lelaki? xmawla!hehehe.Adatlah.Kena ada tarikan .

I like diz pic.Bukan orgnye erk.

Inilah Noni.Pelakon Anna and the King gitu.Bergambar dengan artis ni.




Mari lihat gelagat mereka!
Huhu...macam2 ragam ada .Kalau boleh try la interpret sendiri apa yang mereka tengah pikir...

Geng lepak2

Macam tahu-tahu je orang nak amek pic.


Sarkas

Pikir cane nak seberang sungai ni erk?

Termenung jauh?

Macam gaya2 pakcik tunggu kat pintu rumah

Bye2.

Friday, October 8, 2010

Majulah sukan untuk UM Pharmacy Society!

Untuk hikayat ini...Dara dikira lambat update.Dah lama berlalu kot..tapi tak la lama sangat.Dalam beberapa minggu je.


PHARMSPORT....apa kah itu?PHARMACY SPORT carnival  untuk Pharmers  kat UM ni.Tujuannya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara senior n junior gtu...ahak.Hopefully tercapai r....tapi selain itu gak nak intai2 bakat untuk junior2 ktorang manataw berbakat besar dan bolehla jadi wakil untuk ke NPSC(National Pharmacy Sport Carnival) yang akan diadakan dekat2 raya cina nanti kat USM.Teruja nak pergi.(macam dapat pergi)...


PHARMSPORT  ni diadakan dua hari: hari sabtu - games modern
                                                          : hari ahad  - games tradisional

HARI SABTU
Si gadis Korea ( semgat pkai jersey Korea).Eyh,silap !Si Atiq Athletic! Dua-dua tak kena.Dara capek sangat!Dehydrate sambil minum air!
Wuhuu...masuk futsal.Tapi tak menang pon.Pasal jadi defend.Agaknya kena jadi striker kot. =D

HARI AHAD
Lawan dengan lelaki batu seremban?Eyh,xlwan pon.Tapi ni Shah yang mengajar aku.Bukan aku yang ajar dia!hehe.Anak Dara xreti main(bukan xreti ,dah lama tinggal)


Ni main galah panjang.Bukan saja wat kaki camtu.hahah


Ni team 3rd year yang main tarik tali.Cekeding giler kan.Kompem kalah.Hahahha.Memang bukan team ni la menang.Tak sampai 5 saat dah jatuh tersungkur kat bumi dah.Kesian kat laki kitorang.Eyh,budak laki batch kitorg erk... walaupon tak sampai berapa ketul orang pon.
Anyway 3rd Year punya team jadi Juara keseluruhan untuk sport tahun ni!Oh,yea! Tgokla ade Dara!Huhu....

Sunday, October 3, 2010

i'm student of the week(SOTW)....Gadis sweet smile.....?

Huh,tak disangka Mr. Zack Zaul memilih ku sebagai student of this week(SOTW).Aku ni biasa-biasa x feymes pon kat ASTAR ni.Tapi thanx sangatlah kerana memilih ku,k!


Sape nak tgok apa yang dia interview tu.Meh klik link blog tu
http://searchwithin007.blogspot.com/2010/10/who-sotwcycle-4.html

Saturday, October 2, 2010

Sebuah kehilangan....mampukah ia diganti?



Dara merinduinya ,sejak kehilangannya seminggu yang lepas.Hanya 2 bulan sahaja kita dapat bersama.Mungkin tiada jodoh antara kita dan Dara tiada rezeki untuk memilikimu.Redha kehilanganmu.....tapi kehilanganmu yang amat MISTERI membuatkan Dara begitu terkilan dan tak percaya apa yang terjadi.


Ini bukan blackberry atau i-phone dan juga bukan termasuk dalam kategori smartphone.Musykil sungguhla....

Kronologi kehilangan:
22 SEPTEMBER
8.00:dah turun pergi dewan makan tapi patah balik ke bilik pasal HANDPHONE tertinggal.Actually,tym nak amek tu rasa tak sedap hati tapi tak tahu kenapa.Mungkin ada petanda.


10.15-10.45: discussion ngan groupmate FKK dah abes.Tym ni handphone mungkin kat kerusi,kat tangan,atau kat meja. Tak ingat sangat.Pastu groupmate BIOSTAT lak panggil untuk discussion,tym to move la kat tempt diorang.Then,kemas-kemas barang dalam beg sambil berjalan kat tempat diorang.(dalam keadaan yang gelabah nak cepat).Tym ni handphone tak pasti kat mana mungkin kat tangan,atau tertinggal kat kerusi atau letak kat meja tym nak kemas barang.Pastu discuss-discuss la ngan mereka.Tetiba teringat kat handphone,dah cari-cari kat poket seluar,dah keluarkan segala barang kat beg tapi tak jumpa.Tengok sekeliling tempat tu pon memang tak jumpa dah.Dalam waktu ni xde kelas,ramai yang keluar masuk.ERm..Dan ramai yang lalu lalang kat tempat aku duduk.Tapi aku x keluar-keluar kelas taw.


10.45-11.15:Try miskol ngan handphone kawan,ada dalam talian cuma tak diangkat.Kalau x silap aku,aku x silent pon.Mungkin aku dah silent kot.Tapi rasanya tak!!Tapi tym tu keadaan kelas memang bingit.Mungkin tak dengar.Pelik.Tapi tym tu aku yakin sangat Handphone tu termasuk dalam beg orang lain ke.Orang terambil ke.Pasal kat tempat aku duduk tadi banyak sangat timbunan barang.Memang rilek tak cuak sangat r.Aku tanya orang lain pon diorang cakap ,orang simpan tuh.Takde sape kot dalam kelas kite nak mencuri.Dan aku bersetuju dengannya.Aku try kol lagi tapi memang la xde orang angkat and siap kasi mesej lagi kat nombor aku tuh.Last aku try kol tym Miss Lo masuk kelas untuk mengajar.

After 12.15:Aku try kol balik.Phone dah off!Padahal semalam baru aku charge.Full lagi kot.Setakat kol2 tapi xdiangkat,takkan dah mati kot.Pelik lagi.Zakiyyah try antar mesej kat no. aku tapi mesej undelivered.Tapi lewat malam tu,dia cakap baru delivered.Pelik lagi.


KEPELIKAN:
Aku amat2 berserah dan redha kalu aku kehilangan handphone bukan dalam kelas.Ini dalam kelas.Semua classmate.Xde lecturer xde staff.Aku x berani tuduh sesape.Tapi ikut instinct macam boleh la tawu sape.Tgok eye-contact lagi kan.Tgok body language lagi.Tapi pasal xde bukti,senyap2 saje la.Orang tu lak pandai2 sangat ambil dalam kelas asal?KOmpem la orang boleh agak sape kan.Mesti classmate sendiri.Aku mula-mula memang x percaya tapi terpaksa percaya pasal dah memang xde sape yang pulangkan.Walau sampai sekarang ramai orang x percaya klasmate sendiri yang buat.Kalu orang tu x baik ngan kite,xla rasa bersalah sangat kan dah ambil barang orang.Takkan handphone tu boleh terbang kot keluar dari kelas.Dan peliknya asal la dia bukak handphone tu ngan sim aku sekali.Kenapa x buang terus sim tu.Kalu nak tengok sape punya boleh je tgok dari gambar kat memory kad.Mungkin dia nak tgok sape yang mencari aku kot.Please ar.Dah curi buang je la simcard.Kenapa plak dia dah curi,bukak tym tengah malam tu.Rumet2 dah tdo, senang keje kan.


Aku dah doa segala macam.Mungkin bukan rezeki aku.Allah lebih tahu yang terbaik untuk hamba-Nya dan nak tunjuk benda macam ni boleh berlaku dan boleh dijadikan pengajaran kat orang lain.


Lpas mak aku tawu benda ni,dia pesan janganla percaya kat klasmate sendiri even roommates!Ade gak kwan aku comment kat fb,kalu bapak sendiri pon boley 'makan' anak,adek-bradek pon boley bunuh-membunuh....ini kan pula orang yang xde pertalian darah ngan kita.!!


Hilang barang boleh diganti ,kepercayaan memang xleh dijual beli!Apatah lagi nak diganti!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...