Pages

Monday, August 30, 2010

MERDEKAKANLAH cinta DARA!

Aku punya CINTA,
CINTA bukannya sahaja ,
CINTAku besar tak dapat terlawan,
CINTAku terkurung dalam diri,
Ada sahaja tembok besar menjadi penghalang.


CINTA pada Yang Abadi,
Yang Hakiki,
Tapi kita hanya sementara,
Mampukah kita memberi sepenuh CINTA kepada-Nya?


CINTA pada Ibubapa dan Saudara,
Mereka mengasihi kita seadanya,
Bagaimana pula kita membalas kasih mereka?
Aku taknak menjadi anak derhaka,
Saudara yang lupa pada saudara.




CINTA pada Bangsa dan Negara,
Mampukah aku jadi orang yang berguna ,
Menyemai bakti dan menuai jasa,
Mungkin dengan berkhidmat untuk kerajaan sebagai PEGAWAI FARMASI?


CINTA  pada Islam dan para penganutnya,
Hiba melihat saudara seislam ku ditindas dan dihina,
Aku tak mampu berbuat apa-apa,
Semoga suatu hari nanti bukan setakat doa mampu kuhulurkan.


Aku juga wanita yang lemah,
Mencari teman sehidup semati,
Membimbing aku untuk mengharungi kehidupan ini.,
Bersama-sama mencari  keredhaan ilahi,
Bersatu hati,zahir dan batin....
Siapakah yang mampu memerdekakan cintaku ini?


TERUNA,ARJUNA atau SANG SETIA?


Semoga cinta anda semua dapat sepenuhnya dimerdekakan dari diri anda.Berikanlah cinta kepada yang sepatotnya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53. =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...