Pages

Friday, June 24, 2011

Pekerjaan yang diceburi lelaki kacak.....

1.Doktor  89%
DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR
Pakar Bedah Orthopedic

Doktor2 ni semestinya kena menjaga kesihatan diri dulu,baru orang lain.Komfem2 kna jaga makan minum segala,jaga badan dan jaga muka.Muka hensem jadi tarikan pesakit la.KOnfem xtakut jumpa doktor kalu semua hensem.Hari-hari mesti nak jumpa DR dan mesti nak cari alasan nak jumpa mereka*patient perempuan terutamanya*

An apple a day keep a doctor away,but if the doctor handsome,can throw the apple lah!.Tapi Dara rasa kawan2 Dara yang bakal DR xhensem pon.kehkeh2>Jangan marah DR sekalian atau bakal DR<

2.Peguam 75%
MARCELL
Graduan Fakulti Undang-Undang, Universiti Katolik Parahyangan 
Kenapa plak peguam hensem?MUngkin pasal dorang kena selalu jumpa orang,berdebat,naek mahkamah segala,perlu pandai jaga muka dan badan.N boleyh pshycho orang kot.Buat saksi pihak lawan(perempuan) pon leyh xjadi bagi pernyataan.Hahahah...

Peguam pon kan leyh jadi orang tengah untuk nak jual tanah or harta gitu.So,dengan senang boleyh memujuk wanita2 menjual harta mereka dengan harga yang rendah.(Fakta ni xtaw betol or idak!)

3.Pelakon 63%
FAHRIN, AARON,HANS ISAAC,ASHRAF MUSLIM
Jejaka Idaman Malaya
Kompem2 artis kna hensem.Kalu x,sape nak tengok drama or filem .....Yang minat2 benda gini kompem la perempuan.X gitu?

4.Olahragawan 41%
AZIZUL HASNI AWANG
Olahragawan terbaek Malaysia
Orang yang bersukan kompemnye badan tough,ada muscle,ade 6pax gitu.Muka mungkin ade yg kureng hensem...tapi badan yang hensem...ahahahah.Jadi leyh la jugak jadi kacak.Yang penting diorang ni MACHO!Makan pon kna jaga,xberlemaklah apelah.N ada fakta cakap,orang bersukan ni awet muda....

5.Tentera 23%
TUNKU ISMAIL
Leftenan di Angkatan Tentera India
Ni lebih kurang ngan olahragawan la.Kompem2 dorang ni nampak macho.Macho bagi dara pon kire kacak taw.AWW~


Sumber:Dari majalah ape ntah
Olahan:Si Dara Penglipur Lara

Kepada gadis2 yang ingin mencari jejaka kacak ,boleyhla usha2 orang yang berkerjaya seperti diatas..heheh.
Kepada jejaka2 yang kerjaya mereka xtermasuk dalam list kata atas,jangan kecewa.Anda kacak dengan cara anda!

Wednesday, June 22, 2011

Si Dara Si Model Lomo~

Model la sgt...posing pon tak reti...FAIL habis!
By the way, Dara ni bukan model biasa taw,pasal model biasa biasanya disnap dengan DSLR...betulkan?

Tapi disnap oleh KAMERA LOMO!ala,Kamera ni  guna filem taw.Teringat zaman muda2 dulu,nostalgic sungguh.Tapi hasil gambar dia lain dari kamera filem biasa dan DSLR gitu.Tapi filem ni leyh scan dan transfer dalam bentuk elektronik.


LOMO ni lain dari yang lain sebab this thing main banyak warna.Dara pon xreti banyak sangat pasal LOMO ni.Pasal bukan Dara punya kamera erk...jadi model je.hehehehe...Semua orang boleyh jadi model. Terutama untuk orang yang kurang konfiden dengan diri sendiri .Xnmpak lah ketaksamarataan warna kulit,tekstur kulit ke,cerah or gelap ke...pasal dah memainkan warna yang tersendiri.Mari kita tengok hasilnya!



tengok..xnmpak buruk pon bila Dara ternganga mulut...hahah
aww...memerah muka.*blushing* first time jadi model
kaki yang buruk pon jadi lawa.pasal warna pic yang lawa.
ekspresi muka yang xklihtan*nak tergelak kot*
mistik by misztique*boley wat kulit album gtu*
ini segala jelas.jelas
btween kgelapan dan kecerahan
double chin pon xterlihat...agaggaa..
malu tapi mahu posing~
bawah2 ni lak..pic terbaikla hasil dari lomo ni.


whats that?
jamban di dalam filem!
multi exposure
camera in action.* he n his sista!*
his pic! tq to u!
xde edit2 taw.juz add text only.original dari ladang!.korang ade pic lomo?xde kn?len kali Dara cecite pasal LOMO erk...nak taw lebih lanjut pasal LOMO sila tekan sini.

Wednesday, February 23, 2011

Kenapa aku merokok?


Dara:Kenapa korang2 ni merokok?Bukan ke bahayakan kesihatan?
Perokok:Kenapa aku merokok?Eyh ,banyak kebaikan kot.Kalu nak tahu meyh baca ;)
1. Perokok pasif lebih berbahaya daripada perokok aktif, maka untuk mengurangi risiko tersebut aktiflah merokok.
Tak sayang anak bini ke?Family?Ingatlah orang yang tersayang.

2. Menghindarkan dari perbuatan jahat kerana tidak pernah ditemui orang yang membunuh, mencuri dan berkelahi sambil merokok… 
Habis?selepas atau sebelum membuat jahat?

3. Mengurangi risiko kematian.Dalam berita tidak pernah ditemui orang yang meninggal dalam posisi merokok.
Yeke?Mungkin takde yang dilaporkan kot setakat ni.Tapi nak taw rokok menyebabkan ape?
Kalu xpham,penyakit apa tu...sila google.hahahha


4. Berbuat amal kebaikan,lepas tu dapatlah pahala: Kalau ada orang yang nak pinjam lighter paling tidak sudah ada api kat rokok,xpon memang ada lighter.So ,tidak mengecewakan orang yang ingin meminjam la ye tak?Tolong-tolong kawan yang memerlukan.
Rokok tu dapat pahala ke?Bukan benda yang membazirkan ke?Kalau membazir dan membahayakan diri lak tu...apa hukumnya?

5. Mengeratkan silaturrahim: Kalau bertemu orang kita leyh tawarkan rokok. Kalau nak tawarkan wang mesti kelakar(.Yeop,koe da giler ape nk bg duet?Lari orang tu kan.)
Takde cara laen ke yg berpekdah skit nak mengeratkan silaturrahim?

6. Mengurangkan kadar pengangguran kat negara untuk mengisi kekosongan seperti buruh kilang rokok,penjual rokok dan kilang ubat.Selain itu,makin banyaklah pekerja yang mengisi kekosongan kat sektor kesihatan seperti nurse,doktor,ahli pharmasi,dan lain2 lagi.Seterusnya,meningkatkan ekonomi negara.Kayalah negara!
Sedikit setuju tapi....
-kesian kat doktor dan pharmacist kena kerja lebih pasal penyakit2 yang disebabkan rokok.Bukan orang yang merokok je terlibat,yang perokok pasif,bayi dalam kandungan pon terpaksa melibatkan diri tak pasal-pasal.Korang tak kesian kat bakal pharmacist ni ke? T_T
-memangla tax dari penjualan rokok menyumbang pendapatan negara smpai berbilion2.Tapi tahukah anda tax tu pulak,kerajaan guna balik untuk merawat penyakit2 yang disebabkan rokok ni mcm COPD,penyakit jantung dll....pasal kos rawatan tu lebih kurang je nilai tax yang kerajaaan dapat.Kira untung bersih pon berapa ribu dri bilion2 tu.
-dala dapat penyakit,mati cepat.Macamana nak tingkatkan produktiviti negara?
7. Sebagai alasan kat bos,nak gaji naik."Bos,duet saya banyak dihabiskan kat rokok.Baju saya plak selalu kena puntung rokok.Dah berlubang-berlubang tak.Takkan nak pakai kerja ngan baju berlubang.Nak beli mouthwash lg,ubat gigi,perfume nak ilangkan bau.Perfume da la kena guna banyak."
Da taw xcukup duet,p bazir plak bli rokok.

8. Menghilangkan bau wangi-wangian ruang bagi yang alergi bau perfume.
Rokok tak bau busuk ke?Hehe..

9. Bagus untuk orang yang ingin membuat perancangan keluarga,kerana dipercayai merokok menyebabkan ketidaksuburan dan mati pucuk.
Kalu nak mati pucuk,silalah teruskan perbuatan murni ni...

10. Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah kerana bagi orang yang mula merokok itu tidak mudah, batuk-batuk dan tersedak tapi tetap diteruskan (bagi yang lulus).

11. Nak tahu tahap kesihatan : Biasanya orang yang sakit pasti dilarang  merokok. Jadi yang merokok itu pasti orang sihat.
Tunggu sakit,baru nak berenti rokok la ni...alasan terbaek!

14. Menambah kenikmatan: Tym waktu petang2 hari minum kopi dan makan pisang goreng fuhhh,sedap. Apalagi ditambah merokok!
Kalu dah sakit,lagi NIKMAT!

15. Mencegah rumah dari kena pecah masuk,waktu perokok batuk biasanya waktu tengah-tengah malam.Perompak dan pencuri terus tak jadi nak masuk rumah.
Tapi tak seksa ke batuk tengah malam?

16. Peneman terbaek dikala nak siapkan kerja atau assigment yang last minit.
Cara nak ilangkan ngantuk dan stress terbaek kononnnya.

17.Kalu jumpa anjing,pasti anjing tak gigit.Pasal anjing takut api.
Tak kool lak guna rokok.Kenapa tak belasah je anjing tu,Haha

18.Ubat kurus mujarab.
Kenapa tak wat senaman ka,jogging ka.Kuatkan peparu,jantung.Bukan lemahkan.

p/s:Berhentilah merokok sebelum terlambat.Malas nak cerita panjang,bukan korang nak dengar.
Ask ur pharmacist. :) if u want to cease it.Boley tanya Dara,tapi tak pro lagi.Hehe

Sunday, February 20, 2011

Terima kasih Nuffnang!

Dara TAK RAJIN BUKAK EMEL.Pastu suka DELETE je email if not dari kawan2 sekuliah.Tapi tetiba rajin lak nak baca email dari Nuffnang........

***********************

Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 28 February 2011. Our office is open from 9am - 6pm on weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;*****



**************************
Mksudnya Dara ni kira bertuah la erk antara 250 nuffnanger yang lahir pada bulan 2 dapat 4 passes ticket.


Nasib baek blajar kat UM,so boleylah gigih nak amek 4 passes tu kan.Kalu jauh,xamekla kot....So,sape yang jadi kawan Dara amat bertuah la,kerana korang dapat tengok wayang FREE.Tapi phm2lah kna blnja bnda balik pulak.HuHu


Ada sape dapat juge untuk bulan ni?Ceciter ceciter.....
Sape pulak besday harini?Happy besday la erk...xkira la becoming or belated !


Jangan jeles.Muahahaha...
p/s:Xsabar pulak nak membesar jadi umur 21 pada 21 FEB ni.(bila tuh)Harap2 no. 21 jadi bertuah untuk tahun ni.


Apa2hal thanx NUFFNANG dan TGV kerana bagi hadiah awal untuk Dara.Rasa hepi sangat!



Monday, February 7, 2011

Kami Berjaya Baling Selipar Jauh-Jauh Di PUlau Pinang !

Eyh,tajuk entry apakah ini?(mai baca entry ni sampai habis dulu).

Tak sangka berjaya jugak Dara  menjejakkan kaki ke pulau pinang dan merentasi jambatan panjang tu (kesian kn xpernah pergi!).Naseb baek berjaya mewakilkan diri untuk National Pharmacy Sport Carnival kat USM.Ni kira sukan untuk student2 Pharmacy kat Malaysia r.Kos laen ade wat ke?Mesti jarang kite dengar kan.....

Dara masuk futsal ngan Baling selipar.EY Eyh ,tamak ke?Dua-dua Dara minat.So,masuk je la...Hehehe...Lagipun Futsal xde sape nak masuk pon.Hoho

FIRST DAY:MODERN GAME-----FUTSAL

 Penat Dara berlari-lari,tahan bola segala.Dara ni jadi defend je la.Tu je yang mampu.Yang xboleyh lupa,2 kali tahan ngan perut.Sakit taw!Tahan ngan gigi pon boley.Senyum kat bola tu.Mesti bola tu terkejut dan mengstopkan dirinya.Haha.



 Inilah team futsal perempuan UM.Walaupon kalah dua2 game,tapi kitorang stil hepi.Ktorang pon bukan teror main.setakat tendang2 bola,boleyla....




 Inilak pic team perempuan ngan laki.Macho kan budak futsal lelaki UM(ayat membodek).Tapi budak yang men futsal semua macho beb.Haha.(ayat bodek lagi)Termasuk Dara la tuh?

Rindulah nak training sesame....Nak men dengan budak lelaki...padahal dalam hati,jauh2kanlah.Susah kot main dengan budak lelaki.Xde peluang nak tendang bola.T_T.Memang xadil.Ada tym latihan,yang lebam bibir la,kna tndng bola kat perut r.Laki tendang sakit kot.Haha...

Dara lagi siap berlanggar2.Aish...nsib bek xterok.Atleast berjaya gak,tendang kaki budak laki ni.(sebenarnya nak tendang bola,tapi tertendang kaki lak)Tapi xberjaya praktikkan,tym main kat penang.Wahahaha...




Takpe kekawan,tahun depan cuba lagi.Nasib baek,grup laki UM no. 3.Yay!

SECOND DAY:TRADITIONAL GAME-----TUJU KASUT(BALING SELIPAR)
menunggu sebelum stat.*chuak*tapi sempat senyum.cuba cari kembar Dara?haaa..



Boley pulak Dara wat posing cenggitu.Haha..
Semua orang tinggi sama ke?Impossible!haha...

Tak sangka pulak kitorang dapat ke final pahtu .....juara.Actually team UM dengan team USM(B) sama mata untuk game final.Tapi terpaksa ditentukan dengan toss coin.Adil ke?Kitorg mang xsetuju r.Huhu...Pasal dah xcukup masa terpaksa r.Orang lain dah g dewan kot.So,salah sorang dari kitorang pon pilih pistol a.k.a parlimen.Xsangka bertuah pulak kitorg erk...huhu.Justeru itu,team wanita baling selipar menang.Yay!

Overall:UM no. 3 kot

UM is ONE
UM is SO(kelantan=satu)
UM EeSO(jawa=boleh!)

OK.Jumpa di UIA tahun depan!

Sunday, January 30, 2011

Edisi Tahun Baru Cina:Pakej Percutian ke China dapat free?

 22 Januari lalu,student2 Pharmacy UM ni attend la Pharmnite kat Flamingo hotel .NIce place!Setiap tahun wajibla ada benda ni.Universiti lain pon mesti la ada kan?Untuk Pharmnite,final year akan organize benda ni sbgai last event yang diorang uruskan before graduate.Kira last memory gitu.Sedih pulak. T_T


Makanan kat hotel tu kira nice la.Cuma perut je yang tak mampu menampung makanan banyak2.Takpe2,tahun depan cuba lagi.Tapi tahun depan kitorang pulak yang organize.Ntah dapat makan ntah tak.Persembahan paling best adalah persembahan puppet!Terbaikla!



Nak tahu apa acara yang ditunggu2?Mestilah acara cabutan bertuah.Dahla sponsor Pharmnite pelbagai.Dara mang xhrap menang.Dengan dress yang Dara pakai ,malu nak naek pentas.Rumetku pon dapat.Xsangka!Dapat BNF beb!Pastu ada orang jugak yang dapat Contact lens setahun percuma.Wuuu...nak jugak!



Okey cabutan bertuah terakhir adalah cabutan bertuah ke China.Dara baru nak makn dish cendawan ape ntah.Tbe2 no Dara naek.NO 148!Eyh,siyes no. aku ke?Adoyh,cuak plak nak naek.Hehe...


Arghhh...malunya!Tym naek tangga kat pentas,benang dress tersangkut plak kt tangga.Apa nak buat.Dah la membelakangi penonton.NAk kedepan,nanti kaen tu yang tertarik,terselak pulak.Adosh.Nak cabut sendiri,nak cabut camne.Kang tertonggeng2 atas pentas tuh.Dara dahla dok lama kat pentas tu.Blur n nerves xtaw nak buat apa.Luckily,MC majlis tu sangat gentleman.Dia try putuskan benang tu.So Sweet....Thanks Song Cheng!Memang buat Drama la Dara malam tuh!


Tapi apa2pon thnx pharmnite!Dapat pakej ke China 2 orang!Tapi Dara nak pergi dengan sape?Pergi dengan kawan or kakak?MEsti tak lepas!Nk pergi dengan mak or abah?Mesti salah sorang jeles!Ke Dara ptot bagi kat korang?hahah.Any suggestion?




p/s:red is my lucky charm!

Monday, January 24, 2011

Contest Kami Seiras : Dara Vs Gadis Jepun


Dara suka Blog Chronicles of Yaya kerana blog ni look simple and nice,gaya penulisan yang santai dan tersendiri,sweet pulak tu tuan belog dia.Hehe...Dara juga suka warna pink.Teruja tengok blog orang yang warna pink.Huhu

Actually,Dara banyak pilihan nak letak manusia yang seiras dengan Dara.Almaklumlah muka tak berapa nak unik sangat.Semua tempat yang Dara pergi mesti ada orang yang akan cakap,

 "Eyh,muka awak macam muka ....." .
"Macam familiar la muka awak ni....".

Dah fedup dgan semua ni!Setiap tahun mesti ada cekgu or lecterur or kawan akan tersalah panggil.Salah panggil nama la.Haha.Nak wat camne da nasib.Siap abang jual chicken chop panggil Dara, Liyana Jasmay.OMG!*Prasan sekejap*

Okeyh.Berbalik kepada contest korang rasa sape yg Dara akan pilih untuk dicomparekn?

Sama x?Kwan2 semua ckap gadis jepun ni la paling seiras.Not editted ok!Kawan Dara yang accidentally terjumpa tym mncri mklumat dlm bhasa jepun.Tapi xtawlah nama minah ni pulak...dalam bhasa jepun gitu.Tak reti nak baca.

Apa yang sama?Semua sama kot kecuali idong ngan ketembaman.Ahahah...Rambut?Adalah rahsia.Jeng2....

Dara letak pic tu sebagai profile pic semua orang ingat Dara free hair!Ish2...siap terkejut2 xpercaya.
Tak percaya klik sini

Tapi korang mesti pelik dapat dari mana pic tu.Ntah2 edit .Page tu da kna remove.Tapi ada video kat youtube.
Tak percaya  lagi klik sini.

Dara akan tag 2 org
1.Ee
2.Kayla

Tuesday, January 11, 2011

Pahatkan Nama Cinta Di Hati Bukan Di Kulit Mu....

"Sekiranya benar-benar mencintai kekasih pahatkanlah namanya di hati bukan pada badan .."Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz.


Tengok ungkapan ni kat status kawan Dara membuatkan Dara teringat satu kisah tym kat sekolah menengah rendah di salah sebuah MRSM.Mungkin kat sekolah korang ade jugak cme korg xtaw.


Ktorg terkejut ustazah spot check mengejut dari kelas ke kelas.Tapi untuk perempuan je la.Ktorg kna singsing lengan.Pehal?Nak check barang kemas mcm gelang ke?Ke ada pertandingan kulit sape paling cerah...hahah.Satu batch ktorg dicheck tapi keputusan semua negatif.Tapi kitorg plik apa yang ustazah dok tengok kat lengan kitorg.


Rupa-rupanya diorg ni nak taw kalu2 ade budak pompuan "bertatu" nama orang kat lengan dorang.What The $5%5?Ini bukan tatu sebarangan.Ini tatu bukti Cinta dan Sayang gadis2 yg terlibat kepada kekasih pujaan hati.Yang penting ada pisau or benda yg tajam dan seterika.Torehla nama kekasih2 yang betul2 dicintai dengan pisau.Then,gne seterika.Sakit tak sakit taktahulah Dara.Nak tahu try seniri.Tapi korang sanggup ke?Ada satu geng junior ktorg wat benda camni.Nama je sekolah MRSM ...tapi xleyh pkir benda baek atau buruk.


Yang penting kompem2 ke kekasih yang dicintai tu jadi milik kita?Sanggup toreh2 tangan n tahan sakit.Dahla memburukkan lengan.Kalau da clash ,pastu dapat orang lain....sanggup ke nak tukar nama pakwe baru pulak?Pikirlah secara rasional.Simpan dalam hati sudah.Ada jodoh adalah.Kalu bertatu camtu x menjamin jodoh la...


Dara amek sket keterangan dari website JAKIM;renung2 kanla dan semangat beramal!





Keterangan/Hujah: 
  1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
    Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
  2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :
    Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani) 
  3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.
     
  4. Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.
     
  5. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
     
  6. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.
P/s:That's why Dara xde simpan gambar Orang Kesayanganku.Simpan gambar dalam hati sudah!

Thursday, January 6, 2011

18SX: Dari Kaca Mata Dara untuk Si Lensa Rosak.

Korang da baca satu entry yang paling hot ni tak?Cuba baca entry ini dulu. dari Lensa Rosak.(Kira promote blog dia la ni..Hehe)Pastu ramai pulak yang wat ulasan atau membalas balik pasal entry dia termasuklah Dara.Nice entry dan amat pedas.Kenyataan dia tentang legging,skinny,baju ketat dan tak tutup aurat memang Dara amat setuju.Seksi tapi Seksa jugak.Huhu...Tapi Dara sedar diri tak sempurna.Kadang-kadang lipat baju sampai siku,tudung xtutup dada dan kadang-kadang suka pkai baju warna yang terang-terang.

Disini Dara bukan nak bercerita banyak pasal entry itu.Tapi nak cerita benda lain yang Dara tahu especially kepada gadis2.Tapi mungkin xada kaitan dengan entry tu.Tengok dari  certain komen-komen  macam nampak sangat pakaian gadis2 ni boleh menyebabkan lelaki tertarik untuk melihat diorang and then menyebabkan diorang ghairah.Pastu,mulalah berlaku kes raba-raba takpun advance sikit ROGOL.So,nak salahkan gadis2 ni 100% penyumbang utama?Cuba korang jawab persoalan dibawah.

1.Kenapa lelaki suka tengok perempuan pakai baju kurung?Owner blog tu pun suka.
Memang ada fakta cakap lebih 80% lelaki prefer tengok perempuan yang pakai baju kurung .Kenapa?Itu Dara xpasti.Kenyataan ni memang diakui oleh kawan2 Dara. Dara tanya kawan lelaki pulak dia cakap baju kurung itu seksi.Siap ada yang cakap kat kawan Dara dia suka tengok perempuan tu pakai baju kurung and bagi cadangan pakai jenis kain yang camne pulak.Kaum lelaki ni suka benda adventure ke? Sampai nak imagine2 ni.Baju kurung ni ade yang jarang,kalu ditiup angin pon masyuk,kalu ujan plak perempuan angkat kain.Camtu erk?

Ada kes kat dalam kelas Dara dulu tym sekolah menengah.Selalu dengar ada budak laki ni cakap aku punya seluar ok x?Pastu sebok cek seluar.Tak puas hati gak,diorang pergi toilet.Tym tu blur.Tak taw apa bnda yang terjadi sebenarnya.Then,nampak la budak tu asek pandang blakang badan klasmate perempuan ni.Tiba-tiba ,dia p tnya kwan dia pasal seluar dia ok x.Siap pergi belakang pintu tengok-tengok.Tym tu baru paham.Korang paham x?Paham sendiri sudah.

2.Warna terang memang menarik perhatian tapi warna putih atau warna sekutu dengannya pon seksi.So,mana  lagi better? 
Memang warna terang contohnya warna pink fuchsia boleh membuatkan lelaki ghairah.Ada kawan mengaku baju kurung Dara yang berwarna pink yg dipakai Dara warna ghairah.Pastu terus tak pakai baju tu.Haha.

Warna putih pulak terutamanya seluar dan skirt pon bole jadi seksi.Walaupon kain tu tebal tak jarang.Kalu jarang apatah lagi.

Kesimpulannya,jom pakai pakaian warna hitam je.Hari-hari berkabung.

2.Kenapa orang yang pakai baju xketat pon boleh diraba atau kena gangguan seksual?
Pakai kardigan labuh bawah punggung,shawl hitam,kaler memang xmenarik langsung.Peraba tu pon boleh ada hati nak raba.Memang xnampak muka perempuan tu lak.

Orang buta pon boleh ambil kesempatan nak raba-raba padahal tak nampak.Perempuan tu pulak tak pakai minyak wangi ,ok!

Ini kisah benar.Dara p masuk lif sorang2 kat apartment rumah sewa kosmate ni.Memang buruk bebenor muka.Tudung pulak tengah hodoh.Lagi terok dari muka budak nerd kat sebelah tu.Baju memang gelap habis dari bawah sampai atas.Baju buruk n xstylo langsung.Baju pon insyaAllah kira cukup tutup aurat la tym tu.Cuak lak ade laki masuk sekali.Dia p tnya mcm2 pasal Dara.Dara pon jawab bodoh2 pasal malas nak layan.Tak layan,dia tu lecterur kat UM gak.Tapi Fakulti lain.Kalu jumpa lagi,mampos!Bila nak da sampai tingkat rumah dia.Dia ulurkan tgn sambil cakap"Nice to meet u!".Tanpa pikir panjang,blas jela huluran.Tapi tak sangka dia cium tangan aku!Dia ni ingat aku princess ke?Artis pon jauh sekali.Takut giler kot.Nasib bek dia keluar.Cium tangan pon Dara kire gannguan seksual! Argh.Xnak dah nek lif sorang2 kalu ade lelaki.Pastu xnak salam2 lelaki dah.memang bukan muhrim kan.

Kesimpulannya bkan setakat pakaian ,lelaki boleh jadi @#4%3. Tapi kalu da kat tempat orang ramai,ada sentuhan...macam2 boleh jadi.Ingat tu kawan2!


3.Korang rasa mana lagi annoying :perempuan tudung labuh yang letak gambar yang camhowring atau perempuan yang MEMANG suka berfesyen yang camhowring?
Dara tak cakap semua perempuan tudung labuh yang kte rasa baik dari kite ni camhowring,tunjuk2 kecantikan dia jugak. Tapi sesetengah Diorang siap letak kat Frenster and Facebook lagi.Tapi ini hak masing-masing kan.Dara tahu Dara pon kadang2 camhowring,suka berfesyen,mencntikkan diri dan segala-galanya lah.Saya memang tak sempurna!So,kalu orang yang berfesyen pelbagai n pelik  tu camhowring,jelik ke?perempuan yang betul2 merendahkan diri,xkan letak gmbar dia sorang2 kat profile pic xpon ltak gmbar ramai2 n ltak gmbar bukan menunjukkan diorang.So,korang rasa Dara ni golongan yang merendahkan diri ke x?Hahaha...

By the way,kenapa xde orang yang kritik pemakaian certain penceramah agama yang feymes jugak r.Dua-dua memang belajar agama tinggi.Ade yang Dara tengok memang suka pkai baju kaler yang terang gak tapi masih tudung berfesyen yang labuh.Mungkin korang akan bagi alasan,dia tu masuk tv n feymes kenalah ngan appearnce  cmtu.


Kenapa juga xkritik penceramah seorang lagi ni yang sekarang da kerja kat putrajaya.Tapi tudung dia nampak dada jugak.Ada berani nak kritik?Tapi korang tahu ke sape yang Dara maksudkan?Sape tahu.Diam2 sudah.

p/s:Bagi Dara yang penting niat.Koe pkai cmne pon,kalu amalan sikit tak guna!



Tuesday, January 4, 2011

Khairul Fahmi dan Elia Bila Nak Kawen?

National Pharmacy Sports Carnival(NPSC) dah dekat.Aiyok!.Dah lama xmaen futsal ni.Cne nak tanding ni...Haha...

Tadi baru start training.Enjin dah lama x jalan.Memang berkarat habis!Dah la tadi men campur ngan budak lelaki.ArgH,bengong!Dara rasa lbih banyak lari dari bola daripada kejar bola tuh.Mana taknya,takutla kalu terkena bola tu kat muka ke takpun berlanggar-langgaran dan seterusnya ada peristiwa laen pulak yang berlaku.Kah kah Kah.Nasib x menyelebelahi sorang player gurl ni,bibir dia jadi bengkak pasal kena bola.Paham2la laki punya sepakan cane.Kalu satu bibir bengkak xpe,ni sebelah pulak tu. =D....and naseb bek xde orang yg berlanggar-langgaran.


My skill memang zero.Semangat pon still zero.Cane nak jadi 100%?(possible ke?).Dara patot ulang tayang perlawanan akhir bola sepak Malaysia dengan Indonesia haritu kot.Sebut pasal pasukan Malaysia,teringat pulak Khairul Fahmi.Sebok je player2 laki nak jadi sehebat Khairul Fahmi.Takpe2.Semangat yang bagus tuh...




Korang mesti taw hubungan Khairul Fahmi dan Elia tuh kan?Kepada perempuan2 yang minat Khairul Fahmi kat luar sana korang dah melepas dah.Haha...Dorang tu sweet couple...Tapi ramai pulak orang yang mendengki Elia tuh.Pasal xdapat Khairul Fahmi ke?Or diorang xfeymes macam Khairul Fahmi?Bagi Dara,if diorang in the situation macam Elia tuh maybe buat camtu gak.Haha.Tak boley kutuk orang lebih-lebih,nanti kena diri sendiri baru tahu cane.Seyesly,pasal dulu Dara salu kutuk orang tu cam ni cam tu dan nanti kadang-kadang Dara pon wat jugak!Hehe...


Hari-hari dalam kelas mesti Dara dapat tengok Khairul Fahmi.Jangan jeles korang!Walaupon bukan Khairul Fahmi sebenar,Dara layan je...Cuba tengok ni...




Mula2,xnak admit muka dia macam Khairul Fahmi.Tengok lama2,memang ade.Tengok dari tepi mang sebijik!Mungkin part dahi n bentuk muka.Mata jauh sekali...hahah.Tapi diapon orang kelantan gak.Ntah2 ade bau-bau bacang dengan KF kot.Sape yang berminat bolehla risik2 teruna ni .Haha...Terutamanya orang yang nak muka cam KF.

Mana la rumetku yg dimaksudkan yerk?


Berbalik pada Khairul Fahmi dan Elia, semoga jodoh panjang kamu berdua!!.Sweet betol korang.Jeles pulak...hahah.Dengar cerita tangguh tunang.Maksudnya memang da merancang untuk berkahwin la tuh.Kahwin jangan lupa jemput,ok!(tapi siapa la aku ini).Dengki! Dan Dengki dengan roomateku pasal abang dia tu pakwe kepada kakak Elia ni.Dia ada chance la jumpa hero Malaysia ni.If KF ni kawen dulu dengan Elia,kepada roomateku jangan lupa pulak nak jemput Dara gi majlis abang koe pulak ok!

Eyh,sape yang ade tips maen futsal share r kat Dara.Hehe...

Sunday, January 2, 2011

Dari SuperGirl ke SuperDara ke SuperWoman! : Azam Baru 2011?



Saya seorang SuperGirl!(bukan gadis ajaibs a.k.a WonderGirls)
Mak dan Family Dara cakap Dara ni tym kecik-kecik ala-ala Superman gitu.Kenapa erk?Mak cakap Dara pernah terbang tiru aksi Superman tym umur 2 tahun.Sbijik kot aksi tangan tu.Memang terbang dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa sebarang alat bantuan.Xmaenla tali-tali ni.Mesti Faizal Tahir jeles coz Dara dapat terbang secara  naturally  accidentally.Haha.


Kisahnya bermula begini.Dara tinggal kat kawasan kg.So,xdelah nak pkai topi keledar ni kalu setakat berjalan kat kawasan kg. kan?Lagipon Family Dara dulu xmampu nak beli kereta dan cuma ada dua bijik motor je.Tym tu nak hantar abang-abang pergi sekolah agama kot.Dara plak dok berdiri kat bakul motor mak dan amat excited kot first tym berdiri atas motor!Pahtu dok terkinja-kinja lompat sambil berpaling kat abah dan menjerit-jerit "Abah!Abah!".Abah ketika tu mengekori mak kat belakang dengan motornya.Dengan kuasa bulan  (Astagfirullah!Tersasul tulis.Tengok banyak sangat cite Sailormoon ni.Ish!) Tuhan,Dara pon terbang la dengan lagak gaya supermannya tapi versi SuperGirllah...

Seyes memang Dara boleh ingat kejadian tu walaupon Dara baru 2 tahun.Gambaran tym accident tu still jelas sampai sekarang.Nasib baek ade budak yang naek basikal tu xsempat langgar kepala Dara.Imej tayar basikal  kat depan mata gambar paling jelas terimbas kat ingatan nih dan nasib bek x masuk dalam parit.Alhamdulillah.Dara selamat.Dapat hidup sampai sekarang,kalu x,xdelah blog ni la kan.Berapa jahitan ntah doktor jahit kat bahu Dara ni.Tapi dah xde kesan parut pon,nak tunjuk parut ala gangster kat korang sebagai bukti pon xboleyh!
Setahun lepas kejadian.Nasib baek masih comel dan sihat.hahah


Tapi sejak dari aritu,Dara boleyh ingat certain peristiwa yg berlaku tym Dara berumur 2 tahun dan keatas terutamanya Dara pernah nampak 'makhluk lain' yg sepatotnya xboleh nampak oleh mata kasar..Biasalah kanak-kanak kan tym tuh.Tapi lain kali la Dara cerita.So, tunggu!Nak cite pon seram!

Apapun.Tym ni Dara memang Supergirl la.Boleh terbang walaupun mungkin sekali seumur hidup(tapi jangan doa nak terbang jugak) dan berjaya hidup sampai sekarang!(Ada kaetan ke?)
Pengajaran:Jangan bawa anak kecil naek motor.Kita tak expect budak tu akan buat apa dan apa yang terjadi nanti kan.So,untuk menjadi pengguna  motosikal yang berhemah,pakailah topi keledar walau di mana anda berada!(pesanan untuk diri sendiri juge!) Sayangilah orang yang tersayang!

Jangan tiru macam kami!Dahla naek motor tiga orang.Siap drebar  sempat amek gambar lg.Ish2!

Saya mahu jadi seorang SuperDara dan SuperWoman!
Inilah impian Dara bukan untuk tahun 2011 je tapi tahun-tahun yang mendatang.Woot!Woot!

Dara ingin menjadi seorang gadis yang versatile,bijak,cergas,berilmu(so ,kena abeskan Degree nih dan belajar bersungguh2 untuk sem baru ni!!),sopan-santun,lebih feminin,meningkatkan ilmu memasak,pandai menjahit(paling fail!That's why shud blajar),lebih berbudi bahasa dan meningkatkan pengetahuan Islam serta ketakwaan kepada-Nya(part ni ,jangan gelak!).Pastu kalu berjaya bolehla tukar nama Si SuperDara Penglipu Lara.Tapi cane plak nak taw dah jadi Superdara?LOL.Itu yang kite xtaw...

Pastu dah masuk alam wanita dan dah berumah tangga mestilah nak jadi wanita yang berjaya membahagikan tugasnya sebagai seorang isteri,ibu,kerjaya dan masyarakat.Masyarakat?Kirenya dapatla Dara berbakti kepada masyarakat.Tapi,insyaAllah kerjaya Dara sebagai Pharmacist nnti pon dah kire berbakti jugakla!

Ada rupa x jadi gadis solehah?Doakan yerk!
Mari jalankan " Misi Menjadi Super!". Dara tahu,semua gadis-gadis or teruna kat luar sana pon mahu jadi yang Super jugak!By the way,gud luck u all dalam " Misi Menjadi Super!".Terpulang kepada anda mahu Super yang bagaimana.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...