Pages

Tuesday, January 11, 2011

Pahatkan Nama Cinta Di Hati Bukan Di Kulit Mu....

"Sekiranya benar-benar mencintai kekasih pahatkanlah namanya di hati bukan pada badan .."Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz.


Tengok ungkapan ni kat status kawan Dara membuatkan Dara teringat satu kisah tym kat sekolah menengah rendah di salah sebuah MRSM.Mungkin kat sekolah korang ade jugak cme korg xtaw.


Ktorg terkejut ustazah spot check mengejut dari kelas ke kelas.Tapi untuk perempuan je la.Ktorg kna singsing lengan.Pehal?Nak check barang kemas mcm gelang ke?Ke ada pertandingan kulit sape paling cerah...hahah.Satu batch ktorg dicheck tapi keputusan semua negatif.Tapi kitorg plik apa yang ustazah dok tengok kat lengan kitorg.


Rupa-rupanya diorg ni nak taw kalu2 ade budak pompuan "bertatu" nama orang kat lengan dorang.What The $5%5?Ini bukan tatu sebarangan.Ini tatu bukti Cinta dan Sayang gadis2 yg terlibat kepada kekasih pujaan hati.Yang penting ada pisau or benda yg tajam dan seterika.Torehla nama kekasih2 yang betul2 dicintai dengan pisau.Then,gne seterika.Sakit tak sakit taktahulah Dara.Nak tahu try seniri.Tapi korang sanggup ke?Ada satu geng junior ktorg wat benda camni.Nama je sekolah MRSM ...tapi xleyh pkir benda baek atau buruk.


Yang penting kompem2 ke kekasih yang dicintai tu jadi milik kita?Sanggup toreh2 tangan n tahan sakit.Dahla memburukkan lengan.Kalau da clash ,pastu dapat orang lain....sanggup ke nak tukar nama pakwe baru pulak?Pikirlah secara rasional.Simpan dalam hati sudah.Ada jodoh adalah.Kalu bertatu camtu x menjamin jodoh la...


Dara amek sket keterangan dari website JAKIM;renung2 kanla dan semangat beramal!





Keterangan/Hujah: 
  1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
    Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
  2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :
    Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani) 
  3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.
     
  4. Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.
     
  5. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
     
  6. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.
P/s:That's why Dara xde simpan gambar Orang Kesayanganku.Simpan gambar dalam hati sudah!

7 comments:

Lufti said...

buat tatu kat hati takpe kan...haha

aliza zeke said...

btol tuu budak kampus..
eeee tak berani nak toreh2 tangan nie

Syahmi Shukor said...

penah nampak anak muda melayu buat bende alah ni... mudahnya depa terpengaruh ngan bende2 lagu ni... huhu

Si Dara Penglipur Lara said...

tula budak2 zaman sekrg

miss d said...

tatu guna duit syiling kan kat maktab.fuhh tak phm sungguh aku ngn diorg. huu..

ni ade tag untuk ko,silelah jawab bila anda free ye

http://shelovesthislife.blogspot.com/2011/01/maravilla.html

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Ini cukup asalkan ada banyak di luar sana hanya menunggu kanan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...