Pages

Sunday, January 30, 2011

Edisi Tahun Baru Cina:Pakej Percutian ke China dapat free?

 22 Januari lalu,student2 Pharmacy UM ni attend la Pharmnite kat Flamingo hotel .NIce place!Setiap tahun wajibla ada benda ni.Universiti lain pon mesti la ada kan?Untuk Pharmnite,final year akan organize benda ni sbgai last event yang diorang uruskan before graduate.Kira last memory gitu.Sedih pulak. T_T


Makanan kat hotel tu kira nice la.Cuma perut je yang tak mampu menampung makanan banyak2.Takpe2,tahun depan cuba lagi.Tapi tahun depan kitorang pulak yang organize.Ntah dapat makan ntah tak.Persembahan paling best adalah persembahan puppet!Terbaikla!



Nak tahu apa acara yang ditunggu2?Mestilah acara cabutan bertuah.Dahla sponsor Pharmnite pelbagai.Dara mang xhrap menang.Dengan dress yang Dara pakai ,malu nak naek pentas.Rumetku pon dapat.Xsangka!Dapat BNF beb!Pastu ada orang jugak yang dapat Contact lens setahun percuma.Wuuu...nak jugak!



Okey cabutan bertuah terakhir adalah cabutan bertuah ke China.Dara baru nak makn dish cendawan ape ntah.Tbe2 no Dara naek.NO 148!Eyh,siyes no. aku ke?Adoyh,cuak plak nak naek.Hehe...


Arghhh...malunya!Tym naek tangga kat pentas,benang dress tersangkut plak kt tangga.Apa nak buat.Dah la membelakangi penonton.NAk kedepan,nanti kaen tu yang tertarik,terselak pulak.Adosh.Nak cabut sendiri,nak cabut camne.Kang tertonggeng2 atas pentas tuh.Dara dahla dok lama kat pentas tu.Blur n nerves xtaw nak buat apa.Luckily,MC majlis tu sangat gentleman.Dia try putuskan benang tu.So Sweet....Thanks Song Cheng!Memang buat Drama la Dara malam tuh!


Tapi apa2pon thnx pharmnite!Dapat pakej ke China 2 orang!Tapi Dara nak pergi dengan sape?Pergi dengan kawan or kakak?MEsti tak lepas!Nk pergi dengan mak or abah?Mesti salah sorang jeles!Ke Dara ptot bagi kat korang?hahah.Any suggestion?




p/s:red is my lucky charm!

Monday, January 24, 2011

Contest Kami Seiras : Dara Vs Gadis Jepun


Dara suka Blog Chronicles of Yaya kerana blog ni look simple and nice,gaya penulisan yang santai dan tersendiri,sweet pulak tu tuan belog dia.Hehe...Dara juga suka warna pink.Teruja tengok blog orang yang warna pink.Huhu

Actually,Dara banyak pilihan nak letak manusia yang seiras dengan Dara.Almaklumlah muka tak berapa nak unik sangat.Semua tempat yang Dara pergi mesti ada orang yang akan cakap,

 "Eyh,muka awak macam muka ....." .
"Macam familiar la muka awak ni....".

Dah fedup dgan semua ni!Setiap tahun mesti ada cekgu or lecterur or kawan akan tersalah panggil.Salah panggil nama la.Haha.Nak wat camne da nasib.Siap abang jual chicken chop panggil Dara, Liyana Jasmay.OMG!*Prasan sekejap*

Okeyh.Berbalik kepada contest korang rasa sape yg Dara akan pilih untuk dicomparekn?

Sama x?Kwan2 semua ckap gadis jepun ni la paling seiras.Not editted ok!Kawan Dara yang accidentally terjumpa tym mncri mklumat dlm bhasa jepun.Tapi xtawlah nama minah ni pulak...dalam bhasa jepun gitu.Tak reti nak baca.

Apa yang sama?Semua sama kot kecuali idong ngan ketembaman.Ahahah...Rambut?Adalah rahsia.Jeng2....

Dara letak pic tu sebagai profile pic semua orang ingat Dara free hair!Ish2...siap terkejut2 xpercaya.
Tak percaya klik sini

Tapi korang mesti pelik dapat dari mana pic tu.Ntah2 edit .Page tu da kna remove.Tapi ada video kat youtube.
Tak percaya  lagi klik sini.

Dara akan tag 2 org
1.Ee
2.Kayla

Tuesday, January 11, 2011

Pahatkan Nama Cinta Di Hati Bukan Di Kulit Mu....

"Sekiranya benar-benar mencintai kekasih pahatkanlah namanya di hati bukan pada badan .."Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz.


Tengok ungkapan ni kat status kawan Dara membuatkan Dara teringat satu kisah tym kat sekolah menengah rendah di salah sebuah MRSM.Mungkin kat sekolah korang ade jugak cme korg xtaw.


Ktorg terkejut ustazah spot check mengejut dari kelas ke kelas.Tapi untuk perempuan je la.Ktorg kna singsing lengan.Pehal?Nak check barang kemas mcm gelang ke?Ke ada pertandingan kulit sape paling cerah...hahah.Satu batch ktorg dicheck tapi keputusan semua negatif.Tapi kitorg plik apa yang ustazah dok tengok kat lengan kitorg.


Rupa-rupanya diorg ni nak taw kalu2 ade budak pompuan "bertatu" nama orang kat lengan dorang.What The $5%5?Ini bukan tatu sebarangan.Ini tatu bukti Cinta dan Sayang gadis2 yg terlibat kepada kekasih pujaan hati.Yang penting ada pisau or benda yg tajam dan seterika.Torehla nama kekasih2 yang betul2 dicintai dengan pisau.Then,gne seterika.Sakit tak sakit taktahulah Dara.Nak tahu try seniri.Tapi korang sanggup ke?Ada satu geng junior ktorg wat benda camni.Nama je sekolah MRSM ...tapi xleyh pkir benda baek atau buruk.


Yang penting kompem2 ke kekasih yang dicintai tu jadi milik kita?Sanggup toreh2 tangan n tahan sakit.Dahla memburukkan lengan.Kalau da clash ,pastu dapat orang lain....sanggup ke nak tukar nama pakwe baru pulak?Pikirlah secara rasional.Simpan dalam hati sudah.Ada jodoh adalah.Kalu bertatu camtu x menjamin jodoh la...


Dara amek sket keterangan dari website JAKIM;renung2 kanla dan semangat beramal!





Keterangan/Hujah: 
  1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
    Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
  2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :
    Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani) 
  3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.
     
  4. Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.
     
  5. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
     
  6. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.
P/s:That's why Dara xde simpan gambar Orang Kesayanganku.Simpan gambar dalam hati sudah!

Thursday, January 6, 2011

18SX: Dari Kaca Mata Dara untuk Si Lensa Rosak.

Korang da baca satu entry yang paling hot ni tak?Cuba baca entry ini dulu. dari Lensa Rosak.(Kira promote blog dia la ni..Hehe)Pastu ramai pulak yang wat ulasan atau membalas balik pasal entry dia termasuklah Dara.Nice entry dan amat pedas.Kenyataan dia tentang legging,skinny,baju ketat dan tak tutup aurat memang Dara amat setuju.Seksi tapi Seksa jugak.Huhu...Tapi Dara sedar diri tak sempurna.Kadang-kadang lipat baju sampai siku,tudung xtutup dada dan kadang-kadang suka pkai baju warna yang terang-terang.

Disini Dara bukan nak bercerita banyak pasal entry itu.Tapi nak cerita benda lain yang Dara tahu especially kepada gadis2.Tapi mungkin xada kaitan dengan entry tu.Tengok dari  certain komen-komen  macam nampak sangat pakaian gadis2 ni boleh menyebabkan lelaki tertarik untuk melihat diorang and then menyebabkan diorang ghairah.Pastu,mulalah berlaku kes raba-raba takpun advance sikit ROGOL.So,nak salahkan gadis2 ni 100% penyumbang utama?Cuba korang jawab persoalan dibawah.

1.Kenapa lelaki suka tengok perempuan pakai baju kurung?Owner blog tu pun suka.
Memang ada fakta cakap lebih 80% lelaki prefer tengok perempuan yang pakai baju kurung .Kenapa?Itu Dara xpasti.Kenyataan ni memang diakui oleh kawan2 Dara. Dara tanya kawan lelaki pulak dia cakap baju kurung itu seksi.Siap ada yang cakap kat kawan Dara dia suka tengok perempuan tu pakai baju kurung and bagi cadangan pakai jenis kain yang camne pulak.Kaum lelaki ni suka benda adventure ke? Sampai nak imagine2 ni.Baju kurung ni ade yang jarang,kalu ditiup angin pon masyuk,kalu ujan plak perempuan angkat kain.Camtu erk?

Ada kes kat dalam kelas Dara dulu tym sekolah menengah.Selalu dengar ada budak laki ni cakap aku punya seluar ok x?Pastu sebok cek seluar.Tak puas hati gak,diorang pergi toilet.Tym tu blur.Tak taw apa bnda yang terjadi sebenarnya.Then,nampak la budak tu asek pandang blakang badan klasmate perempuan ni.Tiba-tiba ,dia p tnya kwan dia pasal seluar dia ok x.Siap pergi belakang pintu tengok-tengok.Tym tu baru paham.Korang paham x?Paham sendiri sudah.

2.Warna terang memang menarik perhatian tapi warna putih atau warna sekutu dengannya pon seksi.So,mana  lagi better? 
Memang warna terang contohnya warna pink fuchsia boleh membuatkan lelaki ghairah.Ada kawan mengaku baju kurung Dara yang berwarna pink yg dipakai Dara warna ghairah.Pastu terus tak pakai baju tu.Haha.

Warna putih pulak terutamanya seluar dan skirt pon bole jadi seksi.Walaupon kain tu tebal tak jarang.Kalu jarang apatah lagi.

Kesimpulannya,jom pakai pakaian warna hitam je.Hari-hari berkabung.

2.Kenapa orang yang pakai baju xketat pon boleh diraba atau kena gangguan seksual?
Pakai kardigan labuh bawah punggung,shawl hitam,kaler memang xmenarik langsung.Peraba tu pon boleh ada hati nak raba.Memang xnampak muka perempuan tu lak.

Orang buta pon boleh ambil kesempatan nak raba-raba padahal tak nampak.Perempuan tu pulak tak pakai minyak wangi ,ok!

Ini kisah benar.Dara p masuk lif sorang2 kat apartment rumah sewa kosmate ni.Memang buruk bebenor muka.Tudung pulak tengah hodoh.Lagi terok dari muka budak nerd kat sebelah tu.Baju memang gelap habis dari bawah sampai atas.Baju buruk n xstylo langsung.Baju pon insyaAllah kira cukup tutup aurat la tym tu.Cuak lak ade laki masuk sekali.Dia p tnya mcm2 pasal Dara.Dara pon jawab bodoh2 pasal malas nak layan.Tak layan,dia tu lecterur kat UM gak.Tapi Fakulti lain.Kalu jumpa lagi,mampos!Bila nak da sampai tingkat rumah dia.Dia ulurkan tgn sambil cakap"Nice to meet u!".Tanpa pikir panjang,blas jela huluran.Tapi tak sangka dia cium tangan aku!Dia ni ingat aku princess ke?Artis pon jauh sekali.Takut giler kot.Nasib bek dia keluar.Cium tangan pon Dara kire gannguan seksual! Argh.Xnak dah nek lif sorang2 kalu ade lelaki.Pastu xnak salam2 lelaki dah.memang bukan muhrim kan.

Kesimpulannya bkan setakat pakaian ,lelaki boleh jadi @#4%3. Tapi kalu da kat tempat orang ramai,ada sentuhan...macam2 boleh jadi.Ingat tu kawan2!


3.Korang rasa mana lagi annoying :perempuan tudung labuh yang letak gambar yang camhowring atau perempuan yang MEMANG suka berfesyen yang camhowring?
Dara tak cakap semua perempuan tudung labuh yang kte rasa baik dari kite ni camhowring,tunjuk2 kecantikan dia jugak. Tapi sesetengah Diorang siap letak kat Frenster and Facebook lagi.Tapi ini hak masing-masing kan.Dara tahu Dara pon kadang2 camhowring,suka berfesyen,mencntikkan diri dan segala-galanya lah.Saya memang tak sempurna!So,kalu orang yang berfesyen pelbagai n pelik  tu camhowring,jelik ke?perempuan yang betul2 merendahkan diri,xkan letak gmbar dia sorang2 kat profile pic xpon ltak gmbar ramai2 n ltak gmbar bukan menunjukkan diorang.So,korang rasa Dara ni golongan yang merendahkan diri ke x?Hahaha...

By the way,kenapa xde orang yang kritik pemakaian certain penceramah agama yang feymes jugak r.Dua-dua memang belajar agama tinggi.Ade yang Dara tengok memang suka pkai baju kaler yang terang gak tapi masih tudung berfesyen yang labuh.Mungkin korang akan bagi alasan,dia tu masuk tv n feymes kenalah ngan appearnce  cmtu.


Kenapa juga xkritik penceramah seorang lagi ni yang sekarang da kerja kat putrajaya.Tapi tudung dia nampak dada jugak.Ada berani nak kritik?Tapi korang tahu ke sape yang Dara maksudkan?Sape tahu.Diam2 sudah.

p/s:Bagi Dara yang penting niat.Koe pkai cmne pon,kalu amalan sikit tak guna!



Tuesday, January 4, 2011

Khairul Fahmi dan Elia Bila Nak Kawen?

National Pharmacy Sports Carnival(NPSC) dah dekat.Aiyok!.Dah lama xmaen futsal ni.Cne nak tanding ni...Haha...

Tadi baru start training.Enjin dah lama x jalan.Memang berkarat habis!Dah la tadi men campur ngan budak lelaki.ArgH,bengong!Dara rasa lbih banyak lari dari bola daripada kejar bola tuh.Mana taknya,takutla kalu terkena bola tu kat muka ke takpun berlanggar-langgaran dan seterusnya ada peristiwa laen pulak yang berlaku.Kah kah Kah.Nasib x menyelebelahi sorang player gurl ni,bibir dia jadi bengkak pasal kena bola.Paham2la laki punya sepakan cane.Kalu satu bibir bengkak xpe,ni sebelah pulak tu. =D....and naseb bek xde orang yg berlanggar-langgaran.


My skill memang zero.Semangat pon still zero.Cane nak jadi 100%?(possible ke?).Dara patot ulang tayang perlawanan akhir bola sepak Malaysia dengan Indonesia haritu kot.Sebut pasal pasukan Malaysia,teringat pulak Khairul Fahmi.Sebok je player2 laki nak jadi sehebat Khairul Fahmi.Takpe2.Semangat yang bagus tuh...




Korang mesti taw hubungan Khairul Fahmi dan Elia tuh kan?Kepada perempuan2 yang minat Khairul Fahmi kat luar sana korang dah melepas dah.Haha...Dorang tu sweet couple...Tapi ramai pulak orang yang mendengki Elia tuh.Pasal xdapat Khairul Fahmi ke?Or diorang xfeymes macam Khairul Fahmi?Bagi Dara,if diorang in the situation macam Elia tuh maybe buat camtu gak.Haha.Tak boley kutuk orang lebih-lebih,nanti kena diri sendiri baru tahu cane.Seyesly,pasal dulu Dara salu kutuk orang tu cam ni cam tu dan nanti kadang-kadang Dara pon wat jugak!Hehe...


Hari-hari dalam kelas mesti Dara dapat tengok Khairul Fahmi.Jangan jeles korang!Walaupon bukan Khairul Fahmi sebenar,Dara layan je...Cuba tengok ni...




Mula2,xnak admit muka dia macam Khairul Fahmi.Tengok lama2,memang ade.Tengok dari tepi mang sebijik!Mungkin part dahi n bentuk muka.Mata jauh sekali...hahah.Tapi diapon orang kelantan gak.Ntah2 ade bau-bau bacang dengan KF kot.Sape yang berminat bolehla risik2 teruna ni .Haha...Terutamanya orang yang nak muka cam KF.

Mana la rumetku yg dimaksudkan yerk?


Berbalik pada Khairul Fahmi dan Elia, semoga jodoh panjang kamu berdua!!.Sweet betol korang.Jeles pulak...hahah.Dengar cerita tangguh tunang.Maksudnya memang da merancang untuk berkahwin la tuh.Kahwin jangan lupa jemput,ok!(tapi siapa la aku ini).Dengki! Dan Dengki dengan roomateku pasal abang dia tu pakwe kepada kakak Elia ni.Dia ada chance la jumpa hero Malaysia ni.If KF ni kawen dulu dengan Elia,kepada roomateku jangan lupa pulak nak jemput Dara gi majlis abang koe pulak ok!

Eyh,sape yang ade tips maen futsal share r kat Dara.Hehe...

Sunday, January 2, 2011

Dari SuperGirl ke SuperDara ke SuperWoman! : Azam Baru 2011?



Saya seorang SuperGirl!(bukan gadis ajaibs a.k.a WonderGirls)
Mak dan Family Dara cakap Dara ni tym kecik-kecik ala-ala Superman gitu.Kenapa erk?Mak cakap Dara pernah terbang tiru aksi Superman tym umur 2 tahun.Sbijik kot aksi tangan tu.Memang terbang dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa sebarang alat bantuan.Xmaenla tali-tali ni.Mesti Faizal Tahir jeles coz Dara dapat terbang secara  naturally  accidentally.Haha.


Kisahnya bermula begini.Dara tinggal kat kawasan kg.So,xdelah nak pkai topi keledar ni kalu setakat berjalan kat kawasan kg. kan?Lagipon Family Dara dulu xmampu nak beli kereta dan cuma ada dua bijik motor je.Tym tu nak hantar abang-abang pergi sekolah agama kot.Dara plak dok berdiri kat bakul motor mak dan amat excited kot first tym berdiri atas motor!Pahtu dok terkinja-kinja lompat sambil berpaling kat abah dan menjerit-jerit "Abah!Abah!".Abah ketika tu mengekori mak kat belakang dengan motornya.Dengan kuasa bulan  (Astagfirullah!Tersasul tulis.Tengok banyak sangat cite Sailormoon ni.Ish!) Tuhan,Dara pon terbang la dengan lagak gaya supermannya tapi versi SuperGirllah...

Seyes memang Dara boleh ingat kejadian tu walaupon Dara baru 2 tahun.Gambaran tym accident tu still jelas sampai sekarang.Nasib baek ade budak yang naek basikal tu xsempat langgar kepala Dara.Imej tayar basikal  kat depan mata gambar paling jelas terimbas kat ingatan nih dan nasib bek x masuk dalam parit.Alhamdulillah.Dara selamat.Dapat hidup sampai sekarang,kalu x,xdelah blog ni la kan.Berapa jahitan ntah doktor jahit kat bahu Dara ni.Tapi dah xde kesan parut pon,nak tunjuk parut ala gangster kat korang sebagai bukti pon xboleyh!
Setahun lepas kejadian.Nasib baek masih comel dan sihat.hahah


Tapi sejak dari aritu,Dara boleyh ingat certain peristiwa yg berlaku tym Dara berumur 2 tahun dan keatas terutamanya Dara pernah nampak 'makhluk lain' yg sepatotnya xboleh nampak oleh mata kasar..Biasalah kanak-kanak kan tym tuh.Tapi lain kali la Dara cerita.So, tunggu!Nak cite pon seram!

Apapun.Tym ni Dara memang Supergirl la.Boleh terbang walaupun mungkin sekali seumur hidup(tapi jangan doa nak terbang jugak) dan berjaya hidup sampai sekarang!(Ada kaetan ke?)
Pengajaran:Jangan bawa anak kecil naek motor.Kita tak expect budak tu akan buat apa dan apa yang terjadi nanti kan.So,untuk menjadi pengguna  motosikal yang berhemah,pakailah topi keledar walau di mana anda berada!(pesanan untuk diri sendiri juge!) Sayangilah orang yang tersayang!

Jangan tiru macam kami!Dahla naek motor tiga orang.Siap drebar  sempat amek gambar lg.Ish2!

Saya mahu jadi seorang SuperDara dan SuperWoman!
Inilah impian Dara bukan untuk tahun 2011 je tapi tahun-tahun yang mendatang.Woot!Woot!

Dara ingin menjadi seorang gadis yang versatile,bijak,cergas,berilmu(so ,kena abeskan Degree nih dan belajar bersungguh2 untuk sem baru ni!!),sopan-santun,lebih feminin,meningkatkan ilmu memasak,pandai menjahit(paling fail!That's why shud blajar),lebih berbudi bahasa dan meningkatkan pengetahuan Islam serta ketakwaan kepada-Nya(part ni ,jangan gelak!).Pastu kalu berjaya bolehla tukar nama Si SuperDara Penglipu Lara.Tapi cane plak nak taw dah jadi Superdara?LOL.Itu yang kite xtaw...

Pastu dah masuk alam wanita dan dah berumah tangga mestilah nak jadi wanita yang berjaya membahagikan tugasnya sebagai seorang isteri,ibu,kerjaya dan masyarakat.Masyarakat?Kirenya dapatla Dara berbakti kepada masyarakat.Tapi,insyaAllah kerjaya Dara sebagai Pharmacist nnti pon dah kire berbakti jugakla!

Ada rupa x jadi gadis solehah?Doakan yerk!
Mari jalankan " Misi Menjadi Super!". Dara tahu,semua gadis-gadis or teruna kat luar sana pon mahu jadi yang Super jugak!By the way,gud luck u all dalam " Misi Menjadi Super!".Terpulang kepada anda mahu Super yang bagaimana.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...