Korang da baca satu entry yang paling hot ni tak?
Cuba baca entry ini dulu. dari Lensa Rosak.(Kira promote blog dia la ni..Hehe)Pastu ramai pulak yang wat ulasan atau membalas balik pasal entry dia termasuklah Dara.Nice entry dan amat pedas.Kenyataan dia tentang legging,skinny,baju ketat dan tak tutup aurat memang Dara amat setuju.Seksi tapi Seksa jugak.Huhu...Tapi Dara sedar diri tak sempurna.Kadang-kadang lipat baju sampai siku,tudung xtutup dada dan kadang-kadang suka pkai baju warna yang terang-terang.
Disini Dara bukan nak bercerita banyak pasal entry itu.Tapi nak cerita benda lain yang Dara tahu especially kepada gadis2.Tapi mungkin xada kaitan dengan entry tu.Tengok dari certain komen-komen macam nampak sangat pakaian gadis2 ni boleh menyebabkan lelaki tertarik untuk melihat diorang and then menyebabkan diorang ghairah.Pastu,mulalah berlaku kes raba-raba takpun advance sikit ROGOL.So,nak salahkan gadis2 ni 100% penyumbang utama?Cuba korang jawab persoalan dibawah.
1.Kenapa lelaki suka tengok perempuan pakai baju kurung?Owner blog tu pun suka.
Memang ada fakta cakap lebih 80% lelaki prefer tengok perempuan yang pakai baju kurung .Kenapa?Itu Dara xpasti.Kenyataan ni memang diakui oleh kawan2 Dara. Dara tanya kawan lelaki pulak dia cakap baju kurung itu seksi.Siap ada yang cakap kat kawan Dara dia suka tengok perempuan tu pakai baju kurung and bagi cadangan pakai jenis kain yang camne pulak.Kaum lelaki ni suka benda adventure ke? Sampai nak imagine2 ni.Baju kurung ni ade yang jarang,kalu ditiup angin pon masyuk,kalu ujan plak perempuan angkat kain.Camtu erk?
Ada kes kat dalam kelas Dara dulu tym sekolah menengah.Selalu dengar ada budak laki ni cakap aku punya seluar ok x?Pastu sebok cek seluar.Tak puas hati gak,diorang pergi toilet.Tym tu blur.Tak taw apa bnda yang terjadi sebenarnya.Then,nampak la budak tu asek pandang blakang badan klasmate perempuan ni.Tiba-tiba ,dia p tnya kwan dia pasal seluar dia ok x.Siap pergi belakang pintu tengok-tengok.Tym tu baru paham.Korang paham x?Paham sendiri sudah.
2.Warna terang memang menarik perhatian tapi warna putih atau warna sekutu dengannya pon seksi.So,mana lagi better?
Memang warna terang contohnya warna pink fuchsia boleh membuatkan lelaki ghairah.Ada kawan mengaku baju kurung Dara yang berwarna pink yg dipakai Dara warna ghairah.Pastu terus tak pakai baju tu.Haha.
Warna putih pulak terutamanya seluar dan skirt pon bole jadi seksi.Walaupon kain tu tebal tak jarang.Kalu jarang apatah lagi.
Kesimpulannya,jom pakai pakaian warna hitam je.Hari-hari berkabung.
2.Kenapa orang yang pakai baju xketat pon boleh diraba atau kena gangguan seksual?
Pakai kardigan labuh bawah punggung,shawl hitam,kaler memang xmenarik langsung.Peraba tu pon boleh ada hati nak raba.Memang xnampak muka perempuan tu lak.
Orang buta pon boleh ambil kesempatan nak raba-raba padahal tak nampak.Perempuan tu pulak tak pakai minyak wangi ,ok!
Ini kisah benar.Dara p masuk lif sorang2 kat apartment rumah sewa kosmate ni.Memang buruk bebenor muka.Tudung pulak tengah hodoh.Lagi terok dari muka budak nerd kat sebelah tu.Baju memang gelap habis dari bawah sampai atas.Baju buruk n xstylo langsung.Baju pon insyaAllah kira cukup tutup aurat la tym tu.Cuak lak ade laki masuk sekali.Dia p tnya mcm2 pasal Dara.Dara pon jawab bodoh2 pasal malas nak layan.Tak layan,dia tu lecterur kat UM gak.Tapi Fakulti lain.Kalu jumpa lagi,mampos!Bila nak da sampai tingkat rumah dia.Dia ulurkan tgn sambil cakap"Nice to meet u!".Tanpa pikir panjang,blas jela huluran.Tapi tak sangka dia cium tangan aku!Dia ni ingat aku princess ke?Artis pon jauh sekali.Takut giler kot.Nasib bek dia keluar.Cium tangan pon Dara kire gannguan seksual! Argh.Xnak dah nek lif sorang2 kalu ade lelaki.Pastu xnak salam2 lelaki dah.memang bukan muhrim kan.
Kesimpulannya bkan setakat pakaian ,lelaki boleh jadi @#4%3. Tapi kalu da kat tempat orang ramai,ada sentuhan...macam2 boleh jadi.Ingat tu kawan2!
3.Korang rasa mana lagi annoying :perempuan tudung labuh yang letak gambar yang camhowring atau perempuan yang MEMANG suka berfesyen yang camhowring?
Dara tak cakap semua perempuan tudung labuh yang kte rasa baik dari kite ni camhowring,tunjuk2 kecantikan dia jugak. Tapi sesetengah Diorang siap letak kat Frenster and Facebook lagi.Tapi ini hak masing-masing kan.Dara tahu Dara pon kadang2 camhowring,suka berfesyen,mencntikkan diri dan segala-galanya lah.Saya memang tak sempurna!So,kalu orang yang berfesyen pelbagai n pelik tu camhowring,jelik ke?perempuan yang betul2 merendahkan diri,xkan letak gmbar dia sorang2 kat profile pic xpon ltak gmbar ramai2 n ltak gmbar bukan menunjukkan diorang.So,korang rasa Dara ni golongan yang merendahkan diri ke x?Hahaha...
By the way,kenapa xde orang yang kritik pemakaian certain penceramah agama yang feymes jugak r.Dua-dua memang belajar agama tinggi.Ade yang Dara tengok memang suka pkai baju kaler yang terang gak tapi masih tudung berfesyen yang labuh.Mungkin korang akan bagi alasan,dia tu masuk tv n feymes kenalah ngan appearnce cmtu.
Kenapa juga xkritik penceramah seorang lagi ni yang sekarang da kerja kat putrajaya.Tapi tudung dia nampak dada jugak.Ada berani nak kritik?Tapi korang tahu ke sape yang Dara maksudkan?Sape tahu.Diam2 sudah.
p/s:Bagi Dara yang penting niat.Koe pkai cmne pon,kalu amalan sikit tak guna!