Pages

Thursday, August 26, 2010

Cantik Itu Kamu Contest 4 You!

Nak describe CANTIK itu subjektif.Semua orang yang diciptakan Allah ini cantik.Betul tak?Kalu tak,mungkin korang semua tak bersyukur apa yang Allah anugerahkan pada kita.Tapi hanya kita sendiri yang boleh ENHANCE KECANTIKAN tu.So,setiap orang juga kena pandai jaga KECANTIKAN itu jugakkan.HeHe....



Cantik itu Kamu.Dara cantik.Kawan-kawan Dara pon Cantik.Orang lain pon cantik.HeHe....Contest yang Dara nak masuk ni ada syarat nak masuk taw:

Jom sertai Contest 4 you ini:
  1. Follow dan add blog MawarPink dekat  blogroll korang. (sebab pemenang akan diumumkan disini)
  2. Follow dan add blog Cantik Itu Kamu jugak
  3. Letak banner Cantik Itu Kamu kat sidebar korang.
  4. Buat post dengan tajuk Cantik Itu Kamu Contest 4 you.
  5. Letakkan banner di atas dalam post contest korang and link it directly to my blog and letakkan juga di side bar ye..
  6. Letakkan SATU sahaja gambar yang korang rasa cantik permandangan, cantik baju korang pakai, cantik tudung korang ke, or korang sendiri memang cantik dlm picture tu. terpulang pada creativity masing-masing. Tak perlu explain pun tak pe. tak kisah la sorang-sorang or ramai2.. semua boleh join.. laki pun boleh.. hadiah nnt boleh bg kat aweks or wife kan.. ^_^
  7. Leave  your entry  link kat comment in this entry supaya senang saya nak check


Korang rasa Dara nak letak gambar apa?pasal semua pic,Dara rasa semua cantik.Terima kasih la kepada orang yang amekkan pic.Apa-apa pic la erk.HeHe...







Dara suka pic ni pasal semua gurl yang posing pakai baju kaler merah & setting tempat pon nice gak ! Hehe


Wish me Luck!!


Drug Engineering: Seronok ke?

Mesti korang ingat kalau amek kos Pharmacy,bidang dia kat hospital je.Salahlah kalau anda semua anggap cenggitu.Mari kita explore dengan Dara pasal pengalaman Dara buat tablet.Kat UM sahaja berpeluang buat benda-benda ni(Universiti lain kat Malaysia xde taw).Yeah,PILOT PLANT!


*lab coat besar gabak*

Sebelum pemprosesan dimulakan,pastikan pakaian punya kod kena ikut.Cap,gloves,kasut Doraemon kena pakai.Kalau untuk pengeluaran kilang pakaian dia lagi complicated.Tujuannya untuk memastikan produk kita nanti tiada bendasing,ok!
Team members
Nak tunggu bahan untuk dikeluarkan
Masukkan bahan-bahan masakan ke dalam mesin acuan ye kawan-kawan
Selepas proses granulasi dan pengeringan



Nak cerita panjang-panjang,bukan korang semua paham .Dengan nama mesin lagi.Dara tunjuk gambar je.Kalu berminat nak tanya,tanya je.Tengoklah hasil tablet yang kitorang dapat----> warna biru(semua setuju untuk pilih warna ni).Sebenarnya,kitorang tak tahu pun bahan aktif tablet ni.Tapi biasanya kalau warna biru tu viagra.Siapa-siapa yang berminat untuk mendapatkannya,sila hubungi Dara.Banyak kot Dara simpan.

Hantu Cermin? 
Cuba tengok betul-betul.Diorang ni bukan setakat hantu cermin tapi hantu CAMHOWRING!haha.Terutamanya budak dua orang ni.

Tiqah dan Shima



Monday, August 23, 2010

Kisah di Linggi Versi Komik--- Arahan Zap Omar

Pelakon: Pok Nik,Nik,Zaman,Shima,Kamal
Pelakon: Zaman,Zap,Din,Aini
Pelakon: Tiqa, Fana
Pelakon:Bebudak Lelaki & aku(hehe)
Pelakon: Paan,makcik 1,makcik 2,anak makcik
Pelakon: Pok Nik,Din, Shah, Nik dan aku
Pelakon: Zap,Pok Nik,Din, Kamal
Pelakon: Zakiyyah aka Kiki
Pelakon: Din ,Farah

 Pelakon: Zaman,Kamal,Paan & Pok Nik

Haha...Dara yang baca berkali-kali pon gelak sampai nak pecah perut baca komik ni .Nasib baik dapat izin untuk dimasukkan dalam blog yang tak seberapa ni.Kepada coursemateku sekalian jangan marah.hehe.Bukan coursemateku pulak buat-buatlah paham erk.Semua dialog ini adalah palsu dan tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.Kami shooting lepas exam sem yang lepas.Terima kasih kepada pengarah telefilem pendek ni----> Zap Omar.

Friday, January 8, 2010

Pelanduk BerBagai-Bagai Rupa!!





Sudah lama rasanya,Dara tak update blog ni kan... Almaklumlah,kalau nak jadi Pharmacist kena study so hard.....Sorry, kawan-kawan!

Pernah dengar tentang Pelanduk Dua Serupa? Xpon orang tua-tua dulu cakap kita ada 7 muka yang sama dengan kita kat seluruh dunia ni!?Mesti ada kan...Tapi Dara penatlah,setiap kali pergi ke tempat ya baru orang akan cakap....

"Muka macam familiarla..."

"Awak ni ada sedara / kakak kat .........ye?"

"Eh,muka kau macam muka kawan kitoranglah"

Argh,bosan!Bosan!Asal aku pindah sekolah,tempat belajar atau pegi mana-manalah mesti akan Dara jumpa "Pelanduk".Tapi rasanya laen kot.

Kalau kalangan Family,orang akan cakap kakak dan adik kamu tu kembar kamu ke?haha. Lawak pon ade. Dan kalau versi lelaki,muka aku macam muka abang aku.

Tapi kat sini Dara nak share Pelanduk yang macam Dara.Bandingkanlah...Tapi cuma mampu tayang orang yang gambar dia adalah.haha

Nik Nur Shairah Ghazali.Cantik nama seindah rupanya,kan.Ini kawan sekos Dara.Senior dan coursemate berbangsa china pon x dpt beza tapi x semualah.Nama panggilan pon dekat-dekat kot.Atiq dan Nik!Cuma dia si tinggi Dara si rendah(xla rendah mana pon).



Wafaa Razali.Orang cakap ktorang mata yang sama.Tapi Dara rasa dagu wafaa macam nik kat atas pulak.Dah lama x jumpa dia....



Putri Nur Hidayatul Atiqah.Senyuman dia sama x dengan aku?Dahla satu kelas semasa di MRSM Jasin. Nama pon Atiqah jugak.Cuma dia comel dan rendangla orangnya.


Hidayati Hamid.Nama dia kalau combine ngan Dara macam nama si puteri kita kat atas tu.Ini
Junior Dara.Yang ni xtaw mana yang serupa.haha


BY the way,setiap orang itu unik.Cap jari yg kompem2 berbeza.Apa-apa pon be ur self!

P/s: Sorry kengkawan amek pic korang!haha.Dengan Nik kompem x dapat lari.

Thursday, September 10, 2009

JemSa Penang dari Hati ke Hati ♥♥



JemSa (jemput-jemput + kuah laksa penang)
Ini resepi Dara buat kalian... Dara prefer makan kuah laksa dengan jemput-jemput berbanding dengan mee laksa. Sedap! Sedap! Fuhh!! Rasa kuah laksa akan menyerap masuk dalam jejemput...so, memang lagi sedap la... Dara pon selalu buat Laksa ni... Meh buat sama-sama!.

Kuah Laksa Penang
1kg Ikan Parang, kembung or sardin
-direbus dan asingkan isi ikan (air rebusan ikan disimpan)
2 genggam Cili kering
-direbus dan dikisar halus
3 keping asam keping
Daun kesum ikut suka hati
2 kuntum Bunga kantan
-dihiris halus-halus
1 biji bawang besar
-dikisar
Belacan beberapa cubit yang anda mahu
Gula dan garam secukup rasa hati

Jejemput bilis
Macam biasalah gorengkan daripana adunan tepung dengan ikan bilis.
Kalu dah garing, angkat dan sejukkan.Pergh,potong kecik2 yerk.Kasi meresap habis kuah time makan.

Bahan Sampingan/hiasan
Sebenarnya ikut suka hati nak letak ape. Tapi cadangan Dara adalah:
Timun
Bawang besar
Cili Merah
Nenas
Salad

SELAMAT MENCUBA!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...