Pages

Monday, August 23, 2010

Kisah di Linggi Versi Komik--- Arahan Zap Omar

Pelakon: Pok Nik,Nik,Zaman,Shima,Kamal
Pelakon: Zaman,Zap,Din,Aini
Pelakon: Tiqa, Fana
Pelakon:Bebudak Lelaki & aku(hehe)
Pelakon: Paan,makcik 1,makcik 2,anak makcik
Pelakon: Pok Nik,Din, Shah, Nik dan aku
Pelakon: Zap,Pok Nik,Din, Kamal
Pelakon: Zakiyyah aka Kiki
Pelakon: Din ,Farah

 Pelakon: Zaman,Kamal,Paan & Pok Nik

Haha...Dara yang baca berkali-kali pon gelak sampai nak pecah perut baca komik ni .Nasib baik dapat izin untuk dimasukkan dalam blog yang tak seberapa ni.Kepada coursemateku sekalian jangan marah.hehe.Bukan coursemateku pulak buat-buatlah paham erk.Semua dialog ini adalah palsu dan tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.Kami shooting lepas exam sem yang lepas.Terima kasih kepada pengarah telefilem pendek ni----> Zap Omar.

Friday, January 8, 2010

Pelanduk BerBagai-Bagai Rupa!!





Sudah lama rasanya,Dara tak update blog ni kan... Almaklumlah,kalau nak jadi Pharmacist kena study so hard.....Sorry, kawan-kawan!

Pernah dengar tentang Pelanduk Dua Serupa? Xpon orang tua-tua dulu cakap kita ada 7 muka yang sama dengan kita kat seluruh dunia ni!?Mesti ada kan...Tapi Dara penatlah,setiap kali pergi ke tempat ya baru orang akan cakap....

"Muka macam familiarla..."

"Awak ni ada sedara / kakak kat .........ye?"

"Eh,muka kau macam muka kawan kitoranglah"

Argh,bosan!Bosan!Asal aku pindah sekolah,tempat belajar atau pegi mana-manalah mesti akan Dara jumpa "Pelanduk".Tapi rasanya laen kot.

Kalau kalangan Family,orang akan cakap kakak dan adik kamu tu kembar kamu ke?haha. Lawak pon ade. Dan kalau versi lelaki,muka aku macam muka abang aku.

Tapi kat sini Dara nak share Pelanduk yang macam Dara.Bandingkanlah...Tapi cuma mampu tayang orang yang gambar dia adalah.haha

Nik Nur Shairah Ghazali.Cantik nama seindah rupanya,kan.Ini kawan sekos Dara.Senior dan coursemate berbangsa china pon x dpt beza tapi x semualah.Nama panggilan pon dekat-dekat kot.Atiq dan Nik!Cuma dia si tinggi Dara si rendah(xla rendah mana pon).



Wafaa Razali.Orang cakap ktorang mata yang sama.Tapi Dara rasa dagu wafaa macam nik kat atas pulak.Dah lama x jumpa dia....



Putri Nur Hidayatul Atiqah.Senyuman dia sama x dengan aku?Dahla satu kelas semasa di MRSM Jasin. Nama pon Atiqah jugak.Cuma dia comel dan rendangla orangnya.


Hidayati Hamid.Nama dia kalau combine ngan Dara macam nama si puteri kita kat atas tu.Ini
Junior Dara.Yang ni xtaw mana yang serupa.haha


BY the way,setiap orang itu unik.Cap jari yg kompem2 berbeza.Apa-apa pon be ur self!

P/s: Sorry kengkawan amek pic korang!haha.Dengan Nik kompem x dapat lari.

Thursday, September 10, 2009

JemSa Penang dari Hati ke Hati ♥♥



JemSa (jemput-jemput + kuah laksa penang)
Ini resepi Dara buat kalian... Dara prefer makan kuah laksa dengan jemput-jemput berbanding dengan mee laksa. Sedap! Sedap! Fuhh!! Rasa kuah laksa akan menyerap masuk dalam jejemput...so, memang lagi sedap la... Dara pon selalu buat Laksa ni... Meh buat sama-sama!.

Kuah Laksa Penang
1kg Ikan Parang, kembung or sardin
-direbus dan asingkan isi ikan (air rebusan ikan disimpan)
2 genggam Cili kering
-direbus dan dikisar halus
3 keping asam keping
Daun kesum ikut suka hati
2 kuntum Bunga kantan
-dihiris halus-halus
1 biji bawang besar
-dikisar
Belacan beberapa cubit yang anda mahu
Gula dan garam secukup rasa hati

Jejemput bilis
Macam biasalah gorengkan daripana adunan tepung dengan ikan bilis.
Kalu dah garing, angkat dan sejukkan.Pergh,potong kecik2 yerk.Kasi meresap habis kuah time makan.

Bahan Sampingan/hiasan
Sebenarnya ikut suka hati nak letak ape. Tapi cadangan Dara adalah:
Timun
Bawang besar
Cili Merah
Nenas
Salad

SELAMAT MENCUBA!!!




Wednesday, July 22, 2009

GADIS TERUNA itu....




Berdua-duaan dalam bilik pasti mendebarkan.Dia memandangku.Aku memandangnya. Ada sesuatu yang ingin disampaikannya melalui matanya yang redup. Pandangannya membuat aku tidak selesa. Malu.Tersipu-sipu..


Hatiku berdebar-debar.DuP!DuP!

Perwatakannya amat menarik.
Hidungnya mancung.Bermata bulat amat menawan.Lesung pipitnya juga tidak ku lupakan. =)
Amat comel!Pasti menjadi rebutan gadis jika dia adalah golongan sebaliknya.Menjadi lelaki comel kerana rambutnya sedemikian rupa.Pendek.
Kawanku juga tertarik padanya. Nasib baik sama-sama golongan Hawa.

Dan jika dia memakai tudung seperti gadis lain,dia adalah puteri.Kemanisannya amat terserlah.Gadis Melayu Terakhir.Menjadi pujaan lelaki yang tidak mengenali wajah sebenarnya.

Dia adalah sahabatku. Maaf...kisah kami ini tidak lama. Kisah kami menjadi kisah baru, kerana.....

Aku suka kau.

Terkejutnya Dara! Dara menjadi kaku. Tidak terkata. Dara tidak berani memandang matanya.Matanya memandangku dalam-dalam. Perasaan itu seperti teruna meluahkan perasaan cinta kepada gadis. Matanya tidak dapat menafikannya.

Nasib baik Dara lepaskan diri, walaupun terpaksa melepaskan persahabatan yang suci. Ia lebih bernilai daripada mencemarkan ikatan itu. Bertuahnya tidak tergolong dalam golongan seperti Kaum Luth...Ku dapat berita,dia dan sahabat barunya seperti itu...

Ku Hanya Dapat Berdoa Untuknya..
Jadilah gadis sejati...

Janganlah jadi Gadis Teruna erk...

Tuesday, July 21, 2009

Pen merah,pen biru.



Pen merah, pen biru...


Baju biru, I LOVE U!

itulah lagu yang ditujukan oleh sekumpulan lelaki pujaan ramai untuk gadis ayu berbaju kurung warna biru sejurus keluar dari kedai koperasi tu. Kebetulan...pen biru yang baru dibeli gadis itu jatuh dihadapan senior2 nya yang berlainan jantina.



oh, pen biru!buatku malu...

ku tersipu kerana tidak ayu...

haha...akhirnya gadis itu hanya dapat merayu pada hatinya. Berjalanlah lintang pukang terus pulang x pandang belakang...terus ke blok asrama.

p/s: Dara teringat kisah2 dulu...hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...