Pages

Wednesday, July 22, 2009

GADIS TERUNA itu....




Berdua-duaan dalam bilik pasti mendebarkan.Dia memandangku.Aku memandangnya. Ada sesuatu yang ingin disampaikannya melalui matanya yang redup. Pandangannya membuat aku tidak selesa. Malu.Tersipu-sipu..


Hatiku berdebar-debar.DuP!DuP!

Perwatakannya amat menarik.
Hidungnya mancung.Bermata bulat amat menawan.Lesung pipitnya juga tidak ku lupakan. =)
Amat comel!Pasti menjadi rebutan gadis jika dia adalah golongan sebaliknya.Menjadi lelaki comel kerana rambutnya sedemikian rupa.Pendek.
Kawanku juga tertarik padanya. Nasib baik sama-sama golongan Hawa.

Dan jika dia memakai tudung seperti gadis lain,dia adalah puteri.Kemanisannya amat terserlah.Gadis Melayu Terakhir.Menjadi pujaan lelaki yang tidak mengenali wajah sebenarnya.

Dia adalah sahabatku. Maaf...kisah kami ini tidak lama. Kisah kami menjadi kisah baru, kerana.....

Aku suka kau.

Terkejutnya Dara! Dara menjadi kaku. Tidak terkata. Dara tidak berani memandang matanya.Matanya memandangku dalam-dalam. Perasaan itu seperti teruna meluahkan perasaan cinta kepada gadis. Matanya tidak dapat menafikannya.

Nasib baik Dara lepaskan diri, walaupun terpaksa melepaskan persahabatan yang suci. Ia lebih bernilai daripada mencemarkan ikatan itu. Bertuahnya tidak tergolong dalam golongan seperti Kaum Luth...Ku dapat berita,dia dan sahabat barunya seperti itu...

Ku Hanya Dapat Berdoa Untuknya..
Jadilah gadis sejati...

Janganlah jadi Gadis Teruna erk...

1 comment:

::RATUPELANGI:: said...

Alhamdulillah~~Seb bek DARA masih kuat lagiw iman~~Syabas buat DARA~~(^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...