Pages

Friday, January 8, 2010

Pelanduk BerBagai-Bagai Rupa!!





Sudah lama rasanya,Dara tak update blog ni kan... Almaklumlah,kalau nak jadi Pharmacist kena study so hard.....Sorry, kawan-kawan!

Pernah dengar tentang Pelanduk Dua Serupa? Xpon orang tua-tua dulu cakap kita ada 7 muka yang sama dengan kita kat seluruh dunia ni!?Mesti ada kan...Tapi Dara penatlah,setiap kali pergi ke tempat ya baru orang akan cakap....

"Muka macam familiarla..."

"Awak ni ada sedara / kakak kat .........ye?"

"Eh,muka kau macam muka kawan kitoranglah"

Argh,bosan!Bosan!Asal aku pindah sekolah,tempat belajar atau pegi mana-manalah mesti akan Dara jumpa "Pelanduk".Tapi rasanya laen kot.

Kalau kalangan Family,orang akan cakap kakak dan adik kamu tu kembar kamu ke?haha. Lawak pon ade. Dan kalau versi lelaki,muka aku macam muka abang aku.

Tapi kat sini Dara nak share Pelanduk yang macam Dara.Bandingkanlah...Tapi cuma mampu tayang orang yang gambar dia adalah.haha

Nik Nur Shairah Ghazali.Cantik nama seindah rupanya,kan.Ini kawan sekos Dara.Senior dan coursemate berbangsa china pon x dpt beza tapi x semualah.Nama panggilan pon dekat-dekat kot.Atiq dan Nik!Cuma dia si tinggi Dara si rendah(xla rendah mana pon).



Wafaa Razali.Orang cakap ktorang mata yang sama.Tapi Dara rasa dagu wafaa macam nik kat atas pulak.Dah lama x jumpa dia....



Putri Nur Hidayatul Atiqah.Senyuman dia sama x dengan aku?Dahla satu kelas semasa di MRSM Jasin. Nama pon Atiqah jugak.Cuma dia comel dan rendangla orangnya.


Hidayati Hamid.Nama dia kalau combine ngan Dara macam nama si puteri kita kat atas tu.Ini
Junior Dara.Yang ni xtaw mana yang serupa.haha


BY the way,setiap orang itu unik.Cap jari yg kompem2 berbeza.Apa-apa pon be ur self!

P/s: Sorry kengkawan amek pic korang!haha.Dengan Nik kompem x dapat lari.

Thursday, September 10, 2009

JemSa Penang dari Hati ke Hati ♥♥



JemSa (jemput-jemput + kuah laksa penang)
Ini resepi Dara buat kalian... Dara prefer makan kuah laksa dengan jemput-jemput berbanding dengan mee laksa. Sedap! Sedap! Fuhh!! Rasa kuah laksa akan menyerap masuk dalam jejemput...so, memang lagi sedap la... Dara pon selalu buat Laksa ni... Meh buat sama-sama!.

Kuah Laksa Penang
1kg Ikan Parang, kembung or sardin
-direbus dan asingkan isi ikan (air rebusan ikan disimpan)
2 genggam Cili kering
-direbus dan dikisar halus
3 keping asam keping
Daun kesum ikut suka hati
2 kuntum Bunga kantan
-dihiris halus-halus
1 biji bawang besar
-dikisar
Belacan beberapa cubit yang anda mahu
Gula dan garam secukup rasa hati

Jejemput bilis
Macam biasalah gorengkan daripana adunan tepung dengan ikan bilis.
Kalu dah garing, angkat dan sejukkan.Pergh,potong kecik2 yerk.Kasi meresap habis kuah time makan.

Bahan Sampingan/hiasan
Sebenarnya ikut suka hati nak letak ape. Tapi cadangan Dara adalah:
Timun
Bawang besar
Cili Merah
Nenas
Salad

SELAMAT MENCUBA!!!




Wednesday, July 22, 2009

GADIS TERUNA itu....




Berdua-duaan dalam bilik pasti mendebarkan.Dia memandangku.Aku memandangnya. Ada sesuatu yang ingin disampaikannya melalui matanya yang redup. Pandangannya membuat aku tidak selesa. Malu.Tersipu-sipu..


Hatiku berdebar-debar.DuP!DuP!

Perwatakannya amat menarik.
Hidungnya mancung.Bermata bulat amat menawan.Lesung pipitnya juga tidak ku lupakan. =)
Amat comel!Pasti menjadi rebutan gadis jika dia adalah golongan sebaliknya.Menjadi lelaki comel kerana rambutnya sedemikian rupa.Pendek.
Kawanku juga tertarik padanya. Nasib baik sama-sama golongan Hawa.

Dan jika dia memakai tudung seperti gadis lain,dia adalah puteri.Kemanisannya amat terserlah.Gadis Melayu Terakhir.Menjadi pujaan lelaki yang tidak mengenali wajah sebenarnya.

Dia adalah sahabatku. Maaf...kisah kami ini tidak lama. Kisah kami menjadi kisah baru, kerana.....

Aku suka kau.

Terkejutnya Dara! Dara menjadi kaku. Tidak terkata. Dara tidak berani memandang matanya.Matanya memandangku dalam-dalam. Perasaan itu seperti teruna meluahkan perasaan cinta kepada gadis. Matanya tidak dapat menafikannya.

Nasib baik Dara lepaskan diri, walaupun terpaksa melepaskan persahabatan yang suci. Ia lebih bernilai daripada mencemarkan ikatan itu. Bertuahnya tidak tergolong dalam golongan seperti Kaum Luth...Ku dapat berita,dia dan sahabat barunya seperti itu...

Ku Hanya Dapat Berdoa Untuknya..
Jadilah gadis sejati...

Janganlah jadi Gadis Teruna erk...

Tuesday, July 21, 2009

Pen merah,pen biru.



Pen merah, pen biru...


Baju biru, I LOVE U!

itulah lagu yang ditujukan oleh sekumpulan lelaki pujaan ramai untuk gadis ayu berbaju kurung warna biru sejurus keluar dari kedai koperasi tu. Kebetulan...pen biru yang baru dibeli gadis itu jatuh dihadapan senior2 nya yang berlainan jantina.



oh, pen biru!buatku malu...

ku tersipu kerana tidak ayu...

haha...akhirnya gadis itu hanya dapat merayu pada hatinya. Berjalanlah lintang pukang terus pulang x pandang belakang...terus ke blok asrama.

p/s: Dara teringat kisah2 dulu...hehe

Tuesday, July 14, 2009

Laskar Pelangi!


Laskar Pelangi - Nidji

mungkin adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

msti korang semua pernah dengar...xkn x pernah dengar. Haih...
cuba renungkan dalam2 maksudnya....very meaningful...!

bagi Dara lagu ney lagu motivasi untuk Dara....and why?
cuba korang tengok lirik lagu nie...
tentang cinta kepada dunia tapi berpada2 lah kna cinta kepada tuhan jugak...
cinta kpd dunia ney bknlah cari kekayaan semata2...tapi hidup nie mst ada tujuan , mesti ada cita2 yang harus kita capai. Setiap orang mesti ada impian ,rite?

pernah tonton filem Laskar Pelangi x? Ala cerita indon yang diadaptasi dari novel...
macam Ayat2 Cinta gitu... Dara dah tgok filem je...dan amat best...trylah tgok!
cam cerita sejarah gitu...tapi amat menghibur hati...kalau ada cerita sejarah camni . Da lame Dara tengok...semangat betul mereka nak pergi belajar walaupon miskin...
Setiap mereka ada impian masing2...Dan mereka mencapainya! Tgokla kalau x tgok, rugi..

Bercerita pasal IMPIAN.... Dara pun ada impian.Tapi korang jangan gelak taw! Dari kecil setiap orang dah ada cita2 dalam otak. Kalau tanya budak kecik antara umur 6-9 tahun , perkataan familiar ialah cikgu,doktor,polis,askar dan..... korang pon paham2 sendiri lah. Antara2 cita2 utama Dara ialah:

  • Pengusaha Restoran
mesti semua orang gelak bila baca...haha. Dara pon gelak2 jugak kot. Tym ni tym Dara dah pandai menggoreng makanan, buat sandwich dan dah tahu buat air yang bermacam2. Kadang sandwich pon reka sendiri je, bubuh je apa yang patut. Tym ni umur 8 tahun kot. Teringin nak wat menu yang bermacam2. Boleh bagi orang rasa kita punya resepi...laen dari yang laen tapi dapat diterima....
  • Guru
nak jadi cikgu pon ada gak. Pasal cam menarik je... i like budak2. Haha. Tym ni Dara dah ada plan nak ajar cara terbaek dan efektif kononnya la kalu jadi guru...keh3. Ada gak kawan yang syorkan jadi cikgu Add Math je...haha. Interesting subject coz dah master gak kot subject tu. Tapi Dara ada gak berangan lagi jauh nak buka sekolah swasta.Boleh untung $$$$$, disamping memberi perkhidmatan Haha...Jauh x angan Dara tue?
  • Food technologist
i like food, but dont like to eat. Haha. Dara pertama2nya nak jadi dietician, nak jadi pakar nutrisilah...macam2. Pening2. Dara berangan nak buka kilang makanan la...cam kurang pengusaha Melayu gitu kt malaysia. Boleh eksport makanan kat luar negara. Paling senang wat kerepek...haha. Kerepek semua orang suka makan. Untung banyak tu..keh3...
  • Penulis
Dara suka menulis dulu2. Sekarang ada minat tapi x tersempat . Tulis blog jadilah kot.... tym muda2 pnah gak wat novel, wat sajak, wat cerpen... Dan Dara suka baca buku sastera remaja cam sesegar nailofar, bukan legasi lalang,dan...xsuke bace novel cinta. Haha. Kadang2 orang kutuk Dara pasal pelik sket. Haha.Tym aktif menulis, markah Math Dara cam jatuh or kadang2 jadi teruk...so, kna stop...nak gune otak untuk Math je la. Tapi adala berangan nak tulis cerpen or novel yg ada kaitan ngan course yang Dara amek skarng .Dara nak apply je.Xpon wat Drama ... Orait, x?Tapi tunggulah ilmu penuh didada.Haha....
  • Pharmacist??
Betulkah Dara nak amek kos ney??? Mcm nk amek Engine .Basic Add Math dah kuat dah.Kalu wat soklan yg x dpt dibuat smpai masuk dalam mimpi. Bangun2 dah ada idea nak selesaikan.Was2... Dah amek pon. xley undur dah. Mula2 masuk,ok lagi. Result masa first test boley tahan la... Lama2 dah bengong...Macam xde smgt actually. Tetiba.Tataw nape.Dah la Dara ney x gemar bermain ngan membaca, nombor sukalah. Tp x jugak agama ngan sejarah average 90 je tym sek menengah .What happen to me?Pelik2.Mule2 amek kos ney, nak bercita2 nk bukak bisnes farmasi sendiri ke...kilang generik ke...haha. Tapi tetibe pikir, Dara ialah perempuan...susah kot ada bisnes. Kerja ngan orang laen la . So, target Dara dah rendah kot. Mind set pon rendah. But now, i realise Dara nak bukak bisnes! Cita2 dari awal basic nye adalah berniaga. huhu... tp kna jadi pharmacist ybg berjaya dulu.

Jangan gelak sudah! Memang orang cakap amat risk la involve in bisness. But, never mind. Dah cita2 dari kecil lagi. Kna achieve la. Cam senior Dara kat MRSM Jasin,super duper hyper senior la.Batch Mape dan Keli atau atas batch diorang. X ingat nama la plak.Nak taw cta2 senior tu dari kecik? nak masuk Cambridge tu...wowoo.Memang dapat pon atlast. Dah la dapat scholarship Cambridge yg only one . Dialah insan terpilih.Hebat gile. Tapi dia berbeza...dipulaukan kawan2. x pikir pasal cinta macam orang lain. Cintanya untuk tuhan dan keluarga. dan cume pikir pasal cita2 die je...bagus! itulah laskar pelangi! Yg Unik itu menarik! Lain dari lain! JAdilah diri sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...