Pages

Thursday, September 10, 2009

JemSa Penang dari Hati ke Hati ♥♥



JemSa (jemput-jemput + kuah laksa penang)
Ini resepi Dara buat kalian... Dara prefer makan kuah laksa dengan jemput-jemput berbanding dengan mee laksa. Sedap! Sedap! Fuhh!! Rasa kuah laksa akan menyerap masuk dalam jejemput...so, memang lagi sedap la... Dara pon selalu buat Laksa ni... Meh buat sama-sama!.

Kuah Laksa Penang
1kg Ikan Parang, kembung or sardin
-direbus dan asingkan isi ikan (air rebusan ikan disimpan)
2 genggam Cili kering
-direbus dan dikisar halus
3 keping asam keping
Daun kesum ikut suka hati
2 kuntum Bunga kantan
-dihiris halus-halus
1 biji bawang besar
-dikisar
Belacan beberapa cubit yang anda mahu
Gula dan garam secukup rasa hati

Jejemput bilis
Macam biasalah gorengkan daripana adunan tepung dengan ikan bilis.
Kalu dah garing, angkat dan sejukkan.Pergh,potong kecik2 yerk.Kasi meresap habis kuah time makan.

Bahan Sampingan/hiasan
Sebenarnya ikut suka hati nak letak ape. Tapi cadangan Dara adalah:
Timun
Bawang besar
Cili Merah
Nenas
Salad

SELAMAT MENCUBA!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...